Bunyi aneh di Kota samarahan
Semalam saya terbaca di berita harian kononnya ada satu bunyi aneh dari langit yang menganggu penduduk di Kota Samarahan sehinggakan mereka tidak dapat tidur nyanyak. Menurut sumber, bunyi itu seakan seperti dengkuran orang yang sedang tidur. Saya mencari maklumat tersebut di youtube dan daripada beberapa video yang saya jumpa, tidak ada satupun yang mempunyai persamaan. Ada bunyi burung tekukur, ada bunyi kereta dan ada juga bunyi motorsikal. Sebelum berlakunya bunyi aneh di Kota Semarahan, bunyi aneh dari langit juga pernah dilaporkan berlaku di Denmark. Selain Denmark, Sweeden juga pernah melaporkan bunyi aneh dari langit. Bila saya mendapat tahu berita ini, saya teringat satu peristiwa semasa saya menuntut di SMK Mat Salleh Ranau pada 1992. Dimana ketika saya tengah tidur pada suatu malam di asrama, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi seperti hentakan tapak kaki yang amat kuat menyebabkan saya terbangun. Ketika saya sedar, semua pelajar berlarian turun dari asrama. Bunyi k