Wajib bayar hutang

BAGAIMANA cara hendak menyelesaikan hutang lama dengan orang bukan Islam, sedangkan lokasinya masa kini tidak dapat dikesan?


Jawapan

Hutang ialah sesuatu yang wajib dilangsaikan. Siapa saja yang memberi hutang, sama ada orang Islam atau bukan Islam, wajib kita membayarnya. Malah, kematian tidak menghalang hutang dibayar kerana waris wajib melangsaikannya.
Kegagalan membayar hutang akan menyebabkan roh si mati tergantung tidak sampai ke langit selepas meninggal dunia atau dalam maksud lainnya, tidak diterima Allah.

Jika ahli keluarga si pemberi hutang sudah tiada, warisnya berhak menerima bayaran itu bagi pihaknya. Dalam hal ini, usaha mesti dimulakan dengan membuat pencarian dan mengiklankan sedikit maklumat mengenai lokasi si pemberi hutang.

Jika sesudah usaha itu dilakukan tetapi masih tidak berjaya, maklumkan pada waris supaya menyelesaikannya bagi pihak saudara jika berjumpa individu yang berhak. Sekurang-kurangnya dalam hal ini, ada juga niat baik untuk melangsaikan hutang dan ada usaha ke arah itu.

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain