Posts

Afrika Selatan 'lockdown', singa ambil alih jalan

Image
Situasi bandar dan jalan yang kosong dapat disaksikan apabila perintah berkurung dilaksanakan di sesuatu tempat bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19). Bagaimanapun, berlainan pula di Afrika Selatan apabila beberapa ekor singa mengambil tempat dalam situasi tersebut apabila mereka kelihatan berbaring dengan selesa di atas jalan raya. Menurut portal CNN, foto daripada Taman Negara Kruger di Afrika Selatan memaparkan sekumpulan singa itu juga langsung tidak terganggu dengan kehadiran jurugambar. Twitter rasmi Kruger National Park berkata, singa berkenaan biasanya tinggal di Taman Kontrak Kempiana, iaitu kawasan yang tidak dapat dilihat pelancong.

Pergunungan Himalaya akhirnya dapat dilihat dengan jelas

Image
PELAKSANAAN perintah berkurung untuk mengekang penyebaran wabak COVID-19 di India telah membantu menurunkan tahap pencemaran di negara itu dengan ketara. Penduduk di utara India berkongsi keterujaan mereka dapat melihat pergunungan Himalaya yang diliputi salji dari jarak sejauh 200 kilometer untuk pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun.

Kelab Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Image
Mantan-mantan Timbalan Perdana Menteri yang dahulu dan sekarang bersatu dalam sekeping gambar yang diambil semasa penamaan calon Pilhan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, pagi Sabtu. Gambar berkenaan memperlihatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disertai suami Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yasin serta Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Gambar yang dimuat naik oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil itu mengundang perasaan yang mencuit hati netizen kerana meletakkan kapsyen berbunyi ‘Pertemuan Ahli-ahli Kelab Timbalan Perdana Menteri (Mantan dan Sedang)'. Muat naik itu telah mendapat perhatian netizen yang turut berjenaka mengenainya, Untuk rekod, jawatan Timbalan Perdana Menteri pernah disandang oleh kesemua individu dalam gambar berkenaan bermula dengan Anwar (1993-1998), Muhyiddin (2009-2015), Zahid Hamidi (2015-2018). M

Misteri Kematian Pasangan Kekasih Terjawab

Image
MEDAN - INDONESIA. Misteri pembunuhan sepasang kekasih yang mayat mereka ditemui dalam keadaan mengaibkan di bilik sebuah hotel di Sumatera Utara akhirnya terbongkar. Polis mengesahkan ia adalah kejadian bunuh dan bunuh diri. Jenayah itu berlaku di Kota Kisaran, Kabupaten Asahan, kelmarin. Mangsa lelaki dikenal pasti sebagai Hasyim Prasetyo, 33, terlebih dahulu menembak bahagian belakang kepala kekasihnya, Devi Istiana, 23, sebelum bertindak membunuh diri menggunakan sepucuk pistol buatan sendiri. Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Asahan, Asisten Komisioner Faisal Napitupulu. "Kes ini sudah selesai. Suspek utama telah meninggal dunia. "Gagal bertunang kerana hubungan tidak direstui keluarga perempuan adalah motif di sebalik pembunuhan ini. "Perkara ini terbongkar selepas kami memeriksa perbualan terakhir mereka di aplikasi WhatsApp," kata Faisal. Tambah Faisal, pasangan terbabit pernah bertunang sebelum ini namun terputus dipertengahan jalan ak

Kelakuan mereka menghairankan binatang kata Dr. Asri

Manusia biasanya berkumpul dan melaungkan perasaan untuk menuntut hak yang Tuhan berikan tapi telah dicabuli atau mencari kebaikan demi membela fitrah insani. Malangnya bagi golongan songsang mereka berhimpun dan menjerit menuntut supaya kesongsangan hidup mereka diiktiraf. Mereka bukan sahaja mendedahkan keaiban diri mereka bahkan mendedahkan betapa mereka itu 'cacat' mencacatkan fitrah. Perarakan seperti itu bukan sahaja menghairankan manusia yang menuruti fitrah yang Allah tetapkan, tapi ia juga boleh menghairankan alam haiwan yang sentiasa berada atas ketetapan ciptaan Tuhan. Kenyataan diatas adalah merujuk kepada kaum LGBT yang membuat perhimpunan bagi menuntut hak mereka di Kuala Lumpur. Aduhai LGBT.. kamu belum merasa terung dan pepe. Belum cuba belum tau, sudah try hari-hari mau.

Terima kasih kerana berbuka bersama kami

Image
Kisah 5 orang pemuda cina yang tidak menyentuh makanan selagi azan tidak berkumandang bagi menghormati orang yang beragama islam yang sedang mengerjakan ibadah puasa. Bagaimana jika mereka menyentuh makanan sebelum azan? Adakah umat islam khususnya yang merakam gelagat mereka akan mengecam akan tindakan mereka? Baru-baru ini portal sinarharian melaporkan GELAGAT lima pemuda Cina yang tidak menyentuh makanan mereka sehinggalah azan berkumandang yang diperhatikan seorang pelayar laman sosial. Pelayar tersebut yang dipercayai berbuka puasa di Aeon Melaka, 11 Jun lepas mendakwa kumpulan pemuda berkenaan menunggu masa sesuai untuk mereka menjamah makanan. Kita mengucapkan tahniah kepada mereka kerana turut berbuka puasa bersama kita. Namun kita tidak boleh memarahi mereka jika mereka menyentuh makanan sebab mereka tidak berpuasa. Jika kita marah itu menampakkan iman kita tidaklah sekuat mana. Melihat orang makan hanya sebahagian kecil godaan yang perlu dihadapi sepanjang bulan rama

'Kemasukan' zakar tidak sengaja

EHSAN Abdulaziz, 46, terlepas dari tuduhan merogol selepas mendakwa 'kemasukan' ke atas alat sulit mangsa tidak disengajakan akibat dia tersembam ke atas mangsa. Jutawan hartanah itu dituduh merogol seorang gadis berusia 18 tahun ketika mangsa tidur di sofa pangsapuri Abdulaziz di Maida Vale, barat London. Ketika perbicaraan di Southwark Crown Court, Abdulaziz menjelaskan dia telah terjatuh dan menghempap mangsa. Pada 7 Ogos 2014, mangsa dan rakannya yang berusia 24 tahun bertemu dengan Abdulaziz itu di kelab Circ le Soir dan pulang bersama jutawan itu ke kediamanya. Mangsa kemudiannya tidur di sofa sementara rakannya mengadakan hubungan seks dengan Abdulaziz di bilik tidur. “Mangsa bangun dan mendapati tertuduh sedang menciumnya sambil kemaluan tertuduh berada di dalam kemaluan mangsa,” jelas pendakwaraya Jonathan Davies. “Kata mangsa: Apa yang awak buat? Dan kata tertuduh, tidak mengapa, sambil memberi isyarat bahawa rakan mangsa masih tidur. Mangsa kemudian bangun