Posts

Showing posts from April, 2016

Diberi masa tahun depan, jika tiada..

Image
MEMBACA print screen satu mesej dari WhatsApp pengakuan seorang isteri bakal diceraikan sekiranya masih tidak hamil memang buat VK beremosi. Sama ada mesej di bawah ini kisah benar atau rekaan untuk menarik orang membeli produk,  yang pasti hati wanita akan panas dengan suami sebegini. Ramai juga yang mungkin sudah mengeji lelaki yang rasanya lupa diri. Dia lupa isteri hanya manusia biasa tiada kuasa untuk menentukan rezeki anak. Dia lupa bahawa kelahiran anak itu semuanya ketentuan Tuhan. Kalau membuat anak itu seperti menghasilkan origami, dah tentu berderet anak diberi untuk si suami. Masalahnya  bukan semudah itu. Walau kita berusaha takkan ada si kecil yang didambakan itu jika Dia belum mengizinkan. Bila Dia belum mengizinkan sudah tentu ada hikmahnya. Mungkin juga kerana suami isteri ni belum bersedia. Boleh jadi belum bersedia dari kewangan, ilmu mahu pun kesabaran. Bagaimana hendak bersabar menjaga anak kalau dugaan sebelum punya anak pun tidak berjaya ditempuhi.

Hantaran untuk pekerja kedai handphone RM19,000

TAMPIN - Hari pernikahan yang dinanti- nantikan seorang posmen untuk disatukan bersama kekasih hatinya dengan hantaran RM19,000, semalam menjadi mimpi buruk dan yang hari paling mengecewakan dalam hidupnya apabila impian mendirikan rumah tangga punah. Bakal pengantin lelaki itu terkejut apabila mendapati kediaman bakal pengantin perempuan tidak berpenghuni dan bakal isterinya tidak dapat dihubungi sedangkan tarikh berkenaan merupakan tarikh mereka disatukan dan dinikahkan di rumah tersebut sebagaimana diputuskan sebelum ini. Bakal pengantin perempuan yang baru berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pekerja kedai telefon di salah sebuah kedai di Pulau Sebang. Teruknya hantaran pada hari ini..semuanya belasan ribu...tak ubah macam bisnes anak pulak. Lagi ramai anak perempuan lagi cepat kaya. Ini langsung tak selari dengan kehendak Islam ..trend kini, tipu menipu dalam perkahwinan semakin menjadi-jadi..tak tahu nak cakap macam mana..perempuan yang sekadar bekerja di kedai handphone pun