Posts

Showing posts from April, 2020

Afrika Selatan 'lockdown', singa ambil alih jalan

Image
Situasi bandar dan jalan yang kosong dapat disaksikan apabila perintah berkurung dilaksanakan di sesuatu tempat bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19). Bagaimanapun, berlainan pula di Afrika Selatan apabila beberapa ekor singa mengambil tempat dalam situasi tersebut apabila mereka kelihatan berbaring dengan selesa di atas jalan raya. Menurut portal CNN, foto daripada Taman Negara Kruger di Afrika Selatan memaparkan sekumpulan singa itu juga langsung tidak terganggu dengan kehadiran jurugambar. Twitter rasmi Kruger National Park berkata, singa berkenaan biasanya tinggal di Taman Kontrak Kempiana, iaitu kawasan yang tidak dapat dilihat pelancong.

Pergunungan Himalaya akhirnya dapat dilihat dengan jelas

Image
PELAKSANAAN perintah berkurung untuk mengekang penyebaran wabak COVID-19 di India telah membantu menurunkan tahap pencemaran di negara itu dengan ketara. Penduduk di utara India berkongsi keterujaan mereka dapat melihat pergunungan Himalaya yang diliputi salji dari jarak sejauh 200 kilometer untuk pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun.