Costa Concordia : Tragedi kapal persiaran Itali



ROME: Enam maut pada awal pagi ini selepas kapal persiaran terkandas di perairan Itali dalam kejadian yang memaksa pengawal pantai menyelamatkan kira-kira 4,000 orang, lapor media.

Kapal Costa Concordia sedang belayar mengelilingi Mediterranean apabila terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isla del Giglio, lewat semalam.
Datuk bandar berkata, beliau bimbang jumlah kematian meningkat kerana sukar untuk menyelamatkan penumpang yang begitu ramai.
Salah seorang penumpang yang maut berusia 70-an akibat serangan jantung kerana terkejut selepas melompat ke dalam air yang sejuk.

Beberapa orang lain mengalami kecederaan, dua daripadanya serius. - AFP

Update : 15.1.2012


PULAU GIGLIO (Itali): Anggota bomba menemui dua penumpang kapal persiaran mewah milik Itali yang masih hidup selepas melanggar batu dan terbalik di pesisir pulau Giglio.

"Kami sudah berkomunikasi dengan mangsa yang terselamat, tetapi belum berjaya mengeluarkan mereka. Kira-kira 35 anggota pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mereka," kata jurucakap jabatan bomba yang berada di tempat kejadian. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain