Serangga seperti daun bukan sesuatu yang pelik

Semalam saya terbaca berita di sinarharian.com.my yang memaparkan berita haiwan pelik seperti daun. Saya tidak pasti sama ada wartawan berita itu benar-benar berasa pelik melihat haiwan tersebut atau saja menarik perhatian para pengunjung agar lebih lama berada di laman online mereka.

Bagi saya serangga yang serupa dengan daun bukanlah sesuatu yang pelik. Jika kita rajin masuk ke dalam hutan, kita akan melihat pelbagai jenis serangga yang tidak ada di kota raya. Itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana ada banyak serangga yang mempunyai rupa yang sama. Mungkin pengertian perkataan pelik boleh membawa maksud yang berbeza. Cakap saja berasa hairan melihat serangga yang serupa dengan daun.

Berikut adalah petikan berita yang saya perolehi di sinarharian.

SETIU – Jika akhbar ini semalam menyiarkan seorang penoreh di Hulu Terengganu mendapat seekor ikan pelik masuk ke dalam bubunya, hari ini, seorang mekanik juga berhadapan senario sama apabila rumahnya tidak putus dikunjungi setelah dia memelihara seekor serangga pelik.

Penemuan seekor serangga yang tidak dikenali me­nyerupai sehelai daun limau purut menimbulkan tanda tanya kepada Norasmadi Nordin, 45, dan keluarganya.

Serangga berkenaan turut mempunyai urat daun, berwarna hijau pekat dan berlilin di lapisan permukaannya.

Seperti juga saiz daun limau purut, serangga ini mem­punyai ukuran lebar 2.5 sm dan panjang 5 sm.

Norasmadi berkata, dia tidak tahu makanan yang diambil serangga itu kerana rumput yang diletakkan dalam sangkarnya tidak berubah seakan tidak pernah dimakan.

Menceritakan penemuan spesies pelik itu, Norasmadi berkata, semasa dia mencuci kereta di rumahnya, tiba-tiba dia terlihat seperti sehelai daun berterbangan atas meja.

“Namun setelah diamati, sangkaan saya meleset apabila bukan daun berterbangan, tetapi serangga menyerupai sehelai daun sedang bergerak,” katanya.

Menurut Norasmadi, serangga ini istimewa kerana sesekali ia mengeluarkan bau wangi seperti limau purut manakala bahagian belakang serangga itu terangkat apabila ia bergerak seperti sehelai daun yang bergulung di hujungnya.
Diambil daripada SinarHarian

Adakah ini sesuatu yang pelik?

Serangga bersayap seperti daun kering..Pelik?

Hahaa...ini mungkin pelik

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain