Bunyi aneh di Kota samarahan

Semalam saya terbaca di berita harian kononnya ada satu bunyi aneh dari langit yang menganggu penduduk di Kota Samarahan sehinggakan mereka tidak dapat tidur nyanyak. Menurut sumber, bunyi itu seakan seperti dengkuran orang yang sedang tidur.

Saya mencari maklumat tersebut di youtube dan daripada beberapa video yang saya jumpa, tidak ada satupun yang mempunyai persamaan. Ada bunyi burung tekukur, ada bunyi kereta dan ada juga bunyi motorsikal.

Sebelum berlakunya bunyi aneh di Kota Semarahan, bunyi aneh dari langit juga pernah dilaporkan berlaku di Denmark. Selain Denmark, Sweeden juga pernah melaporkan bunyi aneh dari langit.

Bila saya mendapat tahu berita ini, saya teringat satu peristiwa semasa saya menuntut di SMK Mat Salleh Ranau pada 1992. Dimana ketika saya tengah tidur pada suatu malam di asrama, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi seperti hentakan tapak kaki yang amat kuat menyebabkan saya terbangun. Ketika saya sedar, semua pelajar berlarian turun dari asrama. Bunyi kuat seterusnya menyebabkan berlakunya gegaran yang menyebabkan flat guru rosak teruk.

Bunyi tapak kaki yang saya alami tu tak adalah kena mengena dengan bunyi aneh dari langit di Kota Semarahan tetapi apa yang pasti selepas bunyi aneh di Kota Samarahan, dilaporkan berlaku gegaran kecil.

Apapun marilah kita sama-sama berdoa mengikut kepercayaan masing-masing agar dijauhkan daripada bencana.

Comments

  1. baru2 ini, 29 July 2013, jam 2.15pm... semasa saya dudukkat rumah tingkat atas tgh Baca buku ada gegara, ingat emak atau bapa jatuhkan barang atau apa2 benda kat dapur... tapi masing2 tengok muka sesama sendiri dgn muka pelik2... ada mgatakan di sekitar Kota samarahan ada yg merasakan gegaran... ada member buat2 bodoh sik tau... apabila tanya kpd pekerja Petronas Desa Ilmu... mereka ada merasa gegaran... mereka ingat ada org langgar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain