Profesor Datuk Seri Dr Mustafa Ishak lupa ada orang Malaysia tidak boleh masuk ke Sabah dan Sarawak


Sekatan imigresen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kepada warga Islam dari tujuh negara disifatkan tidak wajar dan bersifat diskriminasi kata Profesor Datuk Seri Dr Mustafa Ishak.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Datuk Seri Dr Mustafa Ishak berkata langkah tersebut dibuat secara menyeluruh tanpa mengira sama ada mereka ini pengganas atau tidak.

Apapun tindakan dan keputusan Amerika, itu adalah hak Amerika yang perlu dihormati oleh semua orang termasuk Profesor Datuk Seri Dr Mustafa Ishak. Tidak pelik jika Amerika menghalang orang tertentu daripada memasuki negaranya untuk tujuan keselamatan negaranya.

Untuk rekod, di Malaysia sendiri, Sabah dan Sarawak menghalang individu tertentu dari Malaya daripada memasuki kedua-dua negeri itu untuk tujuan keselamatan dan ketenteraman awam. Apa jenayah yang mereka lakukan? Apa bangunan yang mereka letupkan? Jika tindakan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak itu satu bersifat diskrimasi kepada individu tertentu, Profesor Datuk Seri Dr Mustafa Ishak wajar bersuara lantang untuk menentangnya.

ulasan :
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sekatan-imigresen-trump-bersifat-diskriminasi-130616


Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain