Kisah Kee Sue Hana Menjadikan Media Sosial Jadi Tempat Mengutuk Sekolah

Perbuatan segelintir pihak menjadikan media sosial seperti facebook untuk meluahkan kemarahan dan menghentam pihak lain kini semakin menjadi tranding. Mungkin insan yang suka menjadikan media sosial untuk meluahkan kemarahannya berasa puas hati apatah lagi apabila mendapat sokongan daripada kawan-kawan melalui ruangan komen.


Dari Tawau ke seluruh Sabah, Baru-baru ini adakisahnya menerima viral screenshoot yang memaparkan ayat-ayat menghentam salah sebuah sekolah rendah di Tawau. Pemilik akaun facebook Sue HaNa menyatakan begitu jengkel berurusan dengan pihak sekolah tersebut tanpa menyatakan urusan yang dilakukan di sekolah berkenaan. Dia menyatakan bahawa dia sudah berulang kali datang ke sekolah berkenaan tetapi masalahnya tidak selesai. Tidak dinyatakan individu yang dimaksudkan melainkan hanya menyebut nama sekolah tersebut. Sementara itu suami Sue HaNa menulis di ruang komen menyatakan kipas dan lampu tidak dimatikan walaupun pegawai tidak berada dalam pejabat.

Adakisahnya tahu serba sedikit tentang sekolah tersebut kerana pernah hidup di Tawau. Menurut rekod, sekolah yang dimaksudkan oleh Sue HaNa merupakan antara sekolah terbaik dari segi kurikulum dan kokurikulum di Tawau. Taip sahaja nama sekolah itu di uncle google, terpampang kejayaan-kejayaan sekolah tersebut.

Adalah sangat tidak adil jika Sue HaNa tidak berpuas hati dengan individu tertentu kemudian mengheret kesemua warga sekolah yang tidak tahu menahu tentang urusannya ke sekolah. Persoalannya adakah beliau berjumpa dengan pihak pengurusan tertinggi seperti guru besar untuk menyelesaikan masalahnya? Jika tidak ada guru besar pada masa itu, adakah beliau berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran.

Adakisahnya juga marah apabila ada agama lain menggelar islam pengganas apabila ada orang yang beragama islam melakukan perbuatan kejam kejam seperti membunuh, memenggal kepala orang tidak bersalah.Bagaimana dengan Puan Sue HaNa? Begitulah juga perasaan warga sekolah yang tidak terlibat. Oleh kerana menjadi viral, tidak adil jika anda hanya berkata siapa makan lada dia berasa pedas.

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain