Dari pemandu bas kilang bergelar jutawan

Beliau merupakan seorang wanita yang cekal. Ernayanee Nur Julaimi tidak akan melupakan tahun 2009 yang menyebabkan dia melarikan diri daripada keluarga kerana hutang keliling pinggang.


Berpisah dengan keluarga bukan kerana tidak mahu lagi dengan keluarganya tetapi tidak mahu menyusahkan keluarga menanggung hutangnya. Rakan serumah juga tidak pernah tahu akan kesusahan yang ditanggungnya.

Dalam melangsaikan hutang, beliau melakukan pelbagai pekerjaan. Pernah membawa bas kilang di Kuala Lumpur dan sebagai penyanyi dangdut di majlis-majlis kahwin.

Kisah hutangnya kerana minatnya dalam bisnes online. Namun kesilapan besarnya tidak tahu pemasaran secara online. Sebab itu beliau banyak mengalami kerugian.

Namun setahun selepas itu beliau bangkit dari kejatuhan apabila belajar daripada beberapa individu antaranya sifu Jamal yang juga merupakan usahawan ebook online. Panduan perniagaan yang betul telah membolehkan beliau terus maju dalam perniagaannya.

Kini beliau bergelar jutawan dengan memberi tumpuan kepada perniagaan minyak wanginya. Beliau menjelaskan menggunakan manfaat sepenuhnya di Facebook untuk memasarkan produk beliau. Sesiapapun boleh berjaya dalam perniagaan jika fokus kepada perniagaan tertentu. Model tidak penting tetapi strategik yang lebih penting tambahnya.

Kepada usahawan yang baharu sahaja menceburi perniagaan online, belajar dahulu dengan mereka yang lebih berpengalaman sebelum memulakan perniagaan online bagi mengelakkan kerugian besar.

-Disunting dari Sinarharian

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain