Ibu Cuai, anaknya yang ditinggalkan sendirian dalam kereta dilarikan bersama kereta

Ini satu lagi kes Seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan di dalam kereta ibunya di hadapan sebuah kedai runcit di Tambun di Ipoh dilarikan seorang lelaki semalam. Pihak polis kerap bagi nasihat supaya tidak meninggalkan kanak-kanak dalam kereta sendirian tapi masih ada ibu yang tidak ambil peduli nasihat emas pihak polis.



Ibu kanak-kanak terbabit keluar untuk membeli santan dan meninggalkan anaknya berumur tiga tahun di dalam kereta yang tidak berkunci dan enjin masih hidup.Susah sangat matikan enjin kereta.

Selepas si ibu membeli santan dia kembali ke keretanya dan melihat seorang lelaki sedang masuk ke dalam keretanya. Si ibu kononnya cuba menghalang tetapi ditolak oleh suspek. 

Nasib baiklah kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan menangis di tepi jalan di Taman Bunga Raya, Tapah kira-kira 65 kilometer dari Ipoh oleh seorang penduduk.

Lelaki tersebut tidak ada niat menculik kanak-kanak tersebut tetapi mahu mencuri kereta wanita tersebut yang sudahpun ternganga di depan mata. Harap ia menjadi pengajaran buat semua.




Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain