Hisap rokok boleh memanjangkan umur?


Doktor Malaysia pasti bingung dengan kajian mereka sepanjang berada di universiti apabila ada seseorang mendakwa merokok tidak membahayakan kesihatan malah boleh memanjangkan umur. Jika seorang orang kampung berjaya membuktikan kajian mereka bermakna kajian para doktor selama ini cuma andaian dan ciplak semata-mata.

Mari sama-sama baca ini..

Seorang wanita di Nepal yang kini berusia 112 tahun mendakwa rahsianya panjang umur adalah kerana tabiatnya merokok sebanyak 30 batang rokok sehari sejak 95 tahun lalu.

Batuli Lamichhane dilahirkan pada Mac 1903 dan mula merokok ketika usianya 17 tahun.

Batuli mendakwa tabiat hariannya itu membantunya hidup lebih lama daripada penduduk kampungnya malah anaknya sendiri.

"Saya tidak peduli berapa umur saya. Saya menyaksikan banyak perkara berubah sepanjang hidup," katanya

Batuli turut mencadangkan agar mengelakkan untuk menggunakan rokok komersial yang berada di pasaran sebaliknya  merokok dengan rokok buatan tempatan, 'beedis' iaitu tembakau dibungkus dalam daun Tendu," katanya dipetik Metro.uk.

Wanita itu juga percaya, rahsia panjang umur adalah dengan memastikan hidup bebas tekanan dan sentiasa mengamalkan kehidupan aktif.

"Anda mesti sentisa gembira dan itu akan menjadikan anda akan hidup lama," ujarnya.

Rokok yang dibayar cukai boleh memendekkan umur individu dan umur kerajaan.


Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain