Juruteknik komputer kantoi curang dengan kekasih lama

Juruteknik komputer kantoi curang dengan kekasih lama

Isteri mana yang tidak berasa marah jika suaminya bermain kayu tiga di belakang lebih-lebih lagi bersama dengan bekas kekasih suaminya sendiri.

Perbuatan suaminya yang curang terkantoi apabila isteri terlihat rakaman video seks suami seorang juruteknik komputer dan pasangannya di handphone suami. Lebih memilukan pasangan selingkuh suaminya merupakan bekas kekasih suaminya yang dirampasnya beberapa tahun lepas.Luluh hati si isteri melihat aksi video seks suami yang nampak begitu hebat bersama pasangannya.Video seks pula bukan satu tetapi video menunjukkan hubungan seks suaminya dengan bekas kekasihnya sudah berlaku sekian lama.

Sebagai hukuman sementara, si isteri menghalau suaminya keluar dari rumah. Si suami yang dalam kebingungan kerana terkantoi menuju ke bandar dan menyewa di sebuah hotel mewah. Kunjungan si suami di burger corner milik rakannya pada tengah malam benar-benar memeranjatkan kerana si suami tidak pernah berkunjung ke burger corner sebelum ini.

Si suami menghilangkan diri selama seminggu daripada majikannya dengan alasan balik ke kampung atas urusan pembahagian harta. Namun daerah ini sangat kecil. Terdapat beberapa orang rakan sekerja si suami terlihat beliau berjalan-jalan di bandar tanpa tidak disedarinya bahawa dia sedang diperhatikan.

Kebanyakan rakannya beranggapan si suami bersembunyi di hotel bagi meredakan kemarahan isterinya. Si suami juga mungkin berasa malu terhadap rakan-rakannya kerana video seksnya sudah di viralkan.

Cerita juruteknik komputer kantoi ini diperolehi daripada seorang sahabat. Bagi tidak membesarkan lagi kemaluannya, pihak kami tidak menyebut nama juruteknik dan tempat beliau bekerja. Nasihat dari kami, kalau mahu selingkuh jangan rakam supaya tidak terkantoi si isteri tapi lagi baik taat kepada isteri dan ajaran agamanya.



Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain