Kisah Tebusan Britain David Haines yang dipenggal kepalanya oleh anggota Negara Islam


Tebusan Britain, David Haines yang dipenggal anggota Negara Islam (IS) kelmarin, mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahkan Islam terhadap kejadian itu. Dunia mengutuk perbuatan itu termasuk mereka yang beragama islam. Saya pernah melihat satu wawancara seorang penduduk awam Syria yang berpendapat mereka itu bukan manusia kerana membunuh orang awam yang tidak bersalah secara terang-terangan.

Islam itu indah. Itulah yang selalu diperkatakan oleh kawan-kawan saya yang beragama islam apabila kami membincangkan perkara itu. Ternyata rakan-rakan yang beragama islam juga tidak setuju dengan perbuatan memenggal kepada orang yang tidak bersalah semata-mata memberi amaran kepada mereka yang mereka marah. Dalam kalangan agama bukan islam pun ada juga yang melakukan jenayah dan kekejaman. Saya sebagai yang menghormati agama lain juga berpendapat tidak ada agama di muka bumi ini yang membenarkan pembunuhan terhadap orang yang tidak bersalah. Orang yang membunuh sesuka hati itu sebenarnya seekor syaitan yang sedang kehausan darah.

Berbalik kepada wawancara seorang wartawan dan beberapa penduduk Syria yang disiarkan di Aljazerah, mereka mengatakan bahawa IS ni membunuh sesuka hati mereka tidak kira lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Malah mereka juga bertindak merogol perempuan-perempuan yang dijadikan tawanan oleh IS. Melakukan hubungan seks terhadap yang bukan muhrim merupakan zinah dalam islam. Dalam agama saya pun melakukan hubungan seks tanpa hubungan perkahwinan merupakan satu dosa yang sangat besar. Jangankan melakukan hubungan seks, orang yang baru berniatpun sudah menjadi satu dosa.

Syukurlah kita di Malaysia ini yang hidup rukun aman dan damai. Tidak ada pertelingkahan yang melibatkan bunuh-membunuh dan rasanya Malaysia merupakan tempat yang paling aman sekali. Walaupun ada beberapa kelompok masyarakat yang berusaha menimbulkan sentimen perkauman dan agama tetapi perbuatan mereka itu tidak mendapat sokongan daripada mejoriti rakyat Malaysia. Siapa mahu hidup dalam keadaan huru-hara selepas hidup begitu selesa dengan rumah yang cantik, kereta cantik, persekitaran yang cantik dan makanan yang cukup selesa..

Terimas...


Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain