Kisah Cadbury disebotaj, tiada DNA babi


Riuh Satu Malaysia pasal dua produk cadbury yang dikatakan tidak halal kerana mempunyai DNA babi. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan mengekalkan fatwa sebelum itu iaitu dua produk coklat itu halal di makan tetapi masyarakat islam meragui kehalalan produk tersebut.

Ekoran daripada itu, dua produk cadbury telah dirampas oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan produk itu dibeli dan dimakan oleh orang islam. Ingat orang islam sahaja yang ada duit untuk beli produk itu.Mengapa tidak label sahaja produk tidak halal?.

Kini, Adakisah tertanya-tanya dimana pihak berkuasa simpan barang yang dirampas. Adakah ia disimpan di dalam stor, dilupus atau sudah dimakan?

Hari ini JAKIM mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang produk tenusu berkenaan minggu lalu. Masa untuk mengembalikan produk yang dirampas. Atau masa makan coklat yang dirampas sebab ia tak haram lagi..

Adakisahnya terfikir bagaimana Kementerian Kesihatan berjaya mengesan DNA babi dalam dua produk coklat Cadbury. Dalam banyak-banyak produk cadbury, hanya dua sahaja yang ada DNA babi..Mengapa bukan semua? Dimana kilang pemprosesan produk cadbury yang lain sehinggakan ada yang ada DNA babi dan ada yang tak ada DNA babi pula.

Sebotaj?

Adakisahnya berharap agar Puan Sabariah Abdullah tidak meneruskan niatnya untuk minta cuci darahnya sebab JAKIM sudah mengesahkan coklat cadbury tidak ada DNA babi.. itupun kalau Sabariah Abdullah pernah makan coklat cadbury...gimik saja lebih.


Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain