Kerajaan Malaysia melindungi penjenayah antarabangsa?

Baru-baru ini Musa Aman didakwa oleh pegawai kerajaan Filipina mencampuri urusan penghantaran pulang seorang suspek yang dikehendaki oleh negara Filipina.


Menurut Setiausaha Keadilan Filipina, Leila de Lima, Amalilio diambil oleh pihak berkuasa Malaysia 10 minit sebelum dia dijadual menaiki penerbangan ke Filipina.

Empat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina mengiringi Amalilio
pada masa itu. Mereka tidak diberikan alasan yang "jelas dan boleh diterima" untuk campurtangan, kata de Lima (kiri).

Ketua Polis Sabah, Hamza Taib telah menafikan dakwaan bahawa Amalilio dikaitkan dengan Musa dan menjelaskan bahawa deportasi itu dihentikan kerana prosedur tidak diikuti.

Beliau juga mendakwa bahawa pihak berkuasa Filipina tidak membuat permintaan untuk membawa pulang Amalilio. Tidak ada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Filipina dan dengan itu ia tidak terikat dengan sebarang permintaan untuk ekstradisi.

Menurut The Star, Amalilio telah ditangkap di Ranau, Sabah Khamis lepas kerana didakwa memegang pasport Filipina palsu.

Amalilio juga mendakwa dia warganegara Malaysia, tetapi Manila telah berhujah ia tidak penting kerana ejen NBI telah membawa dokumen, termasuk sijil kelahiran, untuk membuktikan suspek sememangnya rakyat Filipina.

Untuk makluman pembaca suspek ini termasuk dalam red alert interpol :
http://www.interpol.int/Wanted-Persons/(wanted_id)/2013-4276



Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain