Meninggal selepas balik dari pengebumian anggota keluarga


Tiga maut dan empat cedera dalam satu kemalangan di Kunak apabila lori yang mereka tumpang hilang kawalan lalu melanggar sebuah treler yang berhenti di tepi jalan di Kilometer 20 Jalan Kunak-Lahad Datuk, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kunak, Asisten Superintendan Wee Devets Tan berkata, akibat rempuhan itu lori berkenaan terbabas ke tepi jalan dan penumpangnya tercampak keluar dalam kejadian jam 4.40 petang. Seorang penumpang meninggal di tempat kejadian sementara dua lagi di Hospital Kunak.

Empat yang cedera termasuk pemandu dan seorang wanita yang sarat mengandung kini dirawat di Hospital Kunak dan Hospital Tawau.

Mereka dikatakan baharu balik dari pengebumian anggota keluarga mereka di tanah perkuburan Islam Lor Malung dekat sini dan menghala ke arah Lahad Datu.

Pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan walau bagaimanapun yidak ada butiran tentang mangsa.

Kesemua mangsa yang berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu dikatakan bekerja di sebuah ladang sawit berdekatan sempadan Lahad Datu.

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain