Anggota tentera dakwa dibelasah pegawai

Sebentar tadi saya baca berita harian online..pada musim puasa yang penuh dengan keindahan dicemari dengan berita seperti dalam tajuk post ni...seorang anggota tentera yang baru bertugas dibelasah oleh pegawai tentera kerana tidak diberi tabik hormat kepada seorang majer jeneral yang menggunakan kenderaan sendiri semasa melalui post kawalan.

Melampau juga majer jeneral ni woahh..Allah yang kamu tak hormati pun tak pernah belasah awak....awak pula melebih-lebih. Apa hukum Allah yang awak tak hormati? Tanyalah diri sendiri ooiii..Mau mendisiplin pegawai bawahan tak kan dengan cara membelasah..TAPI adakisahnya harap news ni tak betul..harap-harap anggota tentera ni benar-benar terjatuh..kui..kui..kui.

Baca yang asli dari berita harian..

Kuala Lumpur: Seorang anggota tentera cedera di kepala selepas didakwa dibelasah sekumpulan pegawai hanya kerana tidak memberi tabik hormat kepada pegawai atasannya dalam kejadian Sabtu lalu.

Ahmad Abu, 21, mengawal Pos Kawalan Unit Semboyan, Kementerian Pertahanan apabila dia dikatakan tidak memberi tabik hormat kepada pegawai berpangkat Mejar Jeneral yang memasuki kawasan kementerian menggunakan kenderaan sendiri. Bapa mangsa, Abu Koming, 53, berkata anaknya itu baru bertugas di pos kawalan berkenaan dan tidak mungkin mengenali semua pegawai di kementerian selain pegawai terbabit tidak menggunakan kenderaan tentera.
Katanya, berikutan itu, Ahmad dipanggil tiga pegawai penyelianya, masing-masing berpangkat Sarjan, Staf Sarjan dan Koperal untuk memberi penjelasan.

“Tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan, mereka membelasah anak saya hingga cedera di kepala dan beberapa bahagian badan sebelum dikejarkan ke hospital apabila tidak sedarkan diri,” katanya.

Abu berkata, beliau hanya dimaklumkan Ahmad dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras kira-kira jam 10 malam hari kejadian oleh pegawai pemerintah (CO) anaknya.

“CO memberitahu anak saya terjatuh ketika menjalankan tugasnya, selain turut meminta perkara itu tidak diperbesarkan kerana membabitkan kes kecil,” katanya yang membuat aduan di Balai Polis Sungai Besi 29 Julai lalu.
Beliau berkata, doktor mengesahkan ada kesan kecederaan pada Ahmad yang mungkin akibat penderaan fizikal.

Sementara itu, Pengarah Media Kementerian Pertahanan, Kolonel Fadzlette Othman Merican, ketika dihubungi berkata pihaknya akan menyiasat terpeinci kes itu sebaik maklumat lengkap diterima termasuk daripada polis.

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain