Kerajaan BN biarkan sekolah di Sabah dan Sarawak usang

Ahli politik digesa turun padang melihat sendiri keadaan sekolah di Sabah dan Sarawak yang sangat usang terutama sekali di kawasan pedalaman. Sekolah tertentu tidak sesuai sebagai tempat untuk menuntut ilmu. Malahan kambing yang diternak menggunakan sekolah tersebut belum tentu hidup selesa. Bukan kerana terkurung tetapi keadaan bangunan yang bumbungnya bocor,lantai bocor dan tidak berdinding dengan sempurna.

Kebanyakan sekolah di Sabah dan Sarawak terutama kawasan pedalaman memerlukan pembaikan segera daripada pihak pemerintah sekarang yang diterajui Barisan Nasional. Mungkin ada pembaca yang kurang setuju dengan ulasan ini tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Menteri pendidikan perlu menjejakkan kakinya sendiri ke kawasan pedalaman dan melihat sendiri keadaan sekolah pedalaman Sabah dan Sarawak.

Menteri pendidikan seharusnya tidak meninjau keadaan sekolah dari jauh atau lebih tepat laporan daripada pegawai tertentu  yang boleh dikatakan tidak jujur. Kalau di semenanjing boleh disediakan sekolah konkrit, mengapa di Sabah dan Sarawak tidak boleh?

Sebenarnya, jangan cakap sekolah pedalaman, terdapat juga sekolah yang terletak dipekan yang sudah usang. Sebagai contoh yang saya nampak ialah di SK. Pekan Telupid Ranau ( harap sudah berubah ), SK Pekan Tamparuli pun apa kurangnya.

Pelajar di luar bandar juga rakyat Malaysia yang akan menjadi pemilih pada suatu hari nanti. Jangan sampai mereka berdendam dengan kerajaan kerana tidak menyediakan kemudahan pembelajaran yang baik semasa mereka di bangku sekolah.

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain