Mengapa Peguam 'Scorpene' ditahan oleh kerajaan Malaysia

Peguam Perancis William Bourdon ditahan oleh pegawai imigresen Malaysia yang kemudian diusir daripada Malaysia. Tidak ada penjelasan mengapa tetapi mengikut firasat saya pengusiran itu ada kaitan dengan usaha menutup penyelewengan jual beli kepal selam yang dibeli di Perancis.

Beliau adalah seorang peguam dan bukannya seorang pengganas. Oleh itu rakyat Malaysia yakin beliau ni tidaklah mengancam keselamatan negara Malaysia tetapi mungkin boleh mengancam keselamatan individu tertentu.

Huhuhh..ini masuk bab politik sudah walaupun saya tidak suka dengan politik. Walau bagaimanapun saya suka ingin mengetahui sesuatu yang kontroversi. Sama seperti pendedahan kes video seks Anwar Ibrahim, habis pak google saya teroka medapatkannya. Nasib baik orang UMNO baik hati bagi link download.

Kerana ingin tahu, saya berusaha mendapatkan maklumat di google tapi tak dapat-dapat. Di Malaysiakini memang berlambak tapi tak elok juga kalau saya dapatkan maklumat di satu pihak sahaja. Saya juga perlu mendapatkan maklumat daripada mereka yang mengusir. Nak tahu adakah dia masuk secara haram, mengancam keselamatan negara, atas arahan siapa pengusiran dan banyak lagi lah.

Akhirnya selagi tidak ada jawapan daripada mereka yang mengusir, saya ada jawapan tersendiri. Jawapan mudah adalah menyelamatkan diri daripada rahsia terbongkar. Allah maha kuasa.

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain