Tiga bangunan sekolah di Tawau tidak selamat

Kawan cakap sekolah tu akan runtuh pada bila-bila masa sahaja. sejauh mana kebenaran tu, saya tidak pasti pula. sekolah yang di maksudkan ialah sekolah 3 dalam satu yang terdiri daripada  SK. Bahagia Tawau, SK. Kukusan Tawau  dan SK. Jambatan Putih Tawau.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sekolah tu, saya bertanyakan perkara sebenar dengan seorang bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di SK. Bahagia. Menurut orang itu keadaan sekolah itu amat mengerikan. Bilik Gerakan penuh dengan tongkat bagi mengelakkan lantai tidak roboh. Begitu juga dengan kelas tertentu.

Saya berkesempatan bertanyakan dengan seorang kawan yang mempunyai kenalan kakitangan Majlis Perbandaran Tawau tentang status sekolah tersebut. Menurutnya sekolah itu umpama rumah haram kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap untuk mendirikan bangunan tersebut.

Sebentar tadi semakin kencang isu keselamatan sekolah itu di perkatakan. Sebab itulah saya menulis post ni pada hari ni manalah tahu sekolah itu akan roboh pada masa yang terdekat jadi ada juga catatan sebelum ia ranap.

Menurut cerita yang sahih, dua kantin di kawasan sekolah itu sudah roboh dan tidak boleh digunakan lagi. Sebagai keselesaan warga sekolah, adalah pondok kantin sementara yang didermakan oleh YB.

Keadaan tanah di sekitar sekolah juga mendap menyebabkan halaman sekolah seperti kena gempa bumi. Jalan raya di sekitar sekolah juga beralun.

Setiap kali hujan pula, air hujan tidak kelihatan mengalir ke parit jadi persoalannya kemana air itu pergi? Ada yang berpendapat bawah bangunan sudah ada lubang besar.. harap-harap ini cuma cerita yang ditambah-tambah.

Menurut cerita lagi, ibu bapa pelajar sudah menghubungi PPD Tawau dan JKR Tawau tetapi buat masa ni belum ada lagi tindakan yang konkrit kecuali meletakkan tongkat. Malah Mohd Gasing menyaraknan sekolah yang dikategorikan tidak selamat agar dikosongkan namun tidak ada lagi tindakan pihak berwajib.

Menteri pendidikan juga mengetahui sekolah itu tidak selamat tetapi menegaskan pihaknya terpaksa menggunakan bangunan yang tidak selamat itu bagi membolehkan pelajar meneruskan pelajaran mereka. ( News 13 Feb 2011)

Kerajaan mempertaruhkan nyawa 1000 orang pelajar yang bersekolah di sekolah tersebut yang dikategorikan tidak selamat. Menteri pendidikan sebaiknya turun dan lihat sendiri sejauh mana seriusnya keadaan di sekolah tersebut dan bukannya mendengar laporan kakitangan bawahannya yang hanya pandai mengampu.

Mahukah mereka melihat sekolah tersebut menjadi kubur terhadap 1000 pelajar yang bersekolah di sekolah tersebut atau melihat ayat ini sungguh melampau ?

Kepada ibu bapa, jangan sampai menyesal kemudian. Carilah sekolah yang lebih selamat di sekitar Tawau.

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain