[ Idea Saya ] Satu bulan satu sekolah konkrit

Ini cuma idea terburuk saya apabila melihat sekolah-sekolah di Sabah yang sangat buruk dan hodoh. Saya tidak pasti bagaimana rupa sekolah di Sarawak dan Semenanjung khususnya di kawasan pedalaman sebab tak pernah lagi pergi ke kawasan pedalaman di kedua-dua tempat ni. Di Sabah boleh dikatakan setiap penjuru sudah saya kunjung dan di mana-mana sahaja ada sekolah hodoh. tidak kira sama ada di pinggir bandar atau di kampung-kampung.

Mahu jatuh sudah otak saya memikirkan mengapa kerajaan tidak mahu membina sekolah yang dibuat daripada konkrit supaya tahan lama. Lebih tahan daripada kayu seraya yang biasa digunakan oleh kontrektor kerajaan. Saya andaikan kegagalan kerajaan membina sekolah yang lebih baik adalah disebabkan kerajaan tidak ada wang untuk menampung kos pembinaan bangunan baru.

Saya akui saya terlalu lemah untuk menjelaskan kerana tidak tahu berapakah kos membina sebuah bangunan sekolah yang sedarhana saiznya. Sederhana yang saya maksudkan ialah mempunyai 18 buah bilik darjah, 1 bilik pusat sumber, 1 bilik makmal sains, 1 bilik guru dan satu bilik pentadbiran.

Jika harga bangunan ini berharga 20 juta, saya rasa rakyat Malaysia boleh membina sebuah sekolah konkrit setiap bulan. Bagaimana? Ia memerlukan pengorbanan setiap rakyat untuk menyampaikan sumbangan. Katakan penduduk Malaysia ada 28 juta orang. Jika setiap penduduk menyumbangkan RM1 setiap bulan bermakna wang terkumpul adalah 28 juta ringgit.Eehhh..betulkah kiraan saya ni.. Dalam masa 10 tahun, rasanya semua sekolah di Malaysia dibuat daripada konkrit. Paling penting wang tu mestilah 100% digunakan untuk pembinaan sekolah. Bukannya 10% masuk poket seperti kebiasaan yang kita dengar.

Tapi... ahhhh untuk apa kita menyumbang sedangkan kita ada kerajaan? Inilah yang pasti akan diluahkan oleh rakyat Malaysia.. Sebab itulah saya katakan idea saya ni idea bodoh saya..heheee.

Tetapi hakikatnya sebuah sekolah di kawasan pedalaman Sarawak mencapai tahap SBT kerana penduduknya menyumbang.

Terima kasih kerana membaca idea hodoh ini..hehee

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain