seorang daripada lima rakyat Malaysia berpotensi jadi gila

Terkejut saya melihat ststistik yang dikeluarkan oleh Kajian Soal Selidik Kesihatan baru-baru ini. Ini bermakna jika anda mempunyai lima orang kenalan, salah seorangnya berpotensi jadi gila...dahsyat tuu.Hemm..sebenarnya tafsiran gila ni agak kompleks untuk dijelaskan. Bagaimana sebenarnya yang dikatakan seseorang tu gila atau sakit mental?

Memang ramai orang gila di Malaysia. Ada gila kuasa,ada gila duit,ada gila seks,ada gila perempuan, dan banyak lagi jenis gila ni. Saya sendiri naik gila apabila melihat harga barang keperluan naik mendadak tapi gaji tak naik-naik pon. Saya fikir semua orang naik gila apabila menghadapi situasi ni.

Menteri kita pon apa kurangnya. mereka juga menghidap penyakit gila iaitu gila kuasa. Sebab apa saya katakan diorang tu gila kuasa sebab mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mengekelkan kuasa mereka. Ini termasuklan memburuk-burukkan musuh politik,berusaha masukkan musuh politik ke dalam penjara, menggunakan sepenuhnya media untuk menghentam musuh politiknya. Inilah yang dinamakan gila kuasa.

Gila duit pun diorang juga. Tidak hairanlah ramai dikalangan menteri Malaysia mempunyai kekayaan yang luara biasa atau berstatus jutawan. Berapa sangatlah gaji seorang menteri tu. Kalaupun tak makan gajinya, setakat lima tahun belum tentu sampai satu juta.

Bila di fikir-fikirkan, saya tak terkejut dengan laporan Kaji Soal Selidik Kesihatan ni. Memang benar pun di Malaysia terlalu ramai yang naik gila.

Ada gila ambil rasuah. Tak boleh jika tidak melakukan rasuah sebab dah gila dengan perbuatan ni. Ambil rasuah sebab gila duit le tu.

Nampaknya penyakit ni sukar dibendung namun ia tidaklah bahaya sangat sebab tak menyebabkan gangguan mental.

Ini cuma pandangan saya tentang Laporan Kaji selidik Kesihatan. Laporan mereka yang sebenarnya adalah seperti di bawah ;

Sekurang-kurangnya seorang daripada lima rakyat negara ini berisiko gila jika mengalami masalah kesihatan mental dan tidak mendapatkan rawatan dengan segera serta teratur.

Ramalan itu berasas jika mengambil kira hasil Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-3 yang menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia menderita masalah kesihatan mental. Lebih membimbangkan, masalah gangguan fikiran dijangka tersenarai di tangga kedua penyakit utama dunia selepas penyakit jantung koronari menjelang 2020.

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain