Akibat cemburu - Wanita parah ditetak madu

Seorang suri rumah cedera parah di bahagian kepala, muka dan tangan akibat ditetak dengan parang oleh madunya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini, hari ini.

Kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai berpunca dari perasaan cemburu antara kedua-dua wanita tersebut yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lalu.

Wanita berumur 54 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil manakala madunya yang berumur 27 tahun dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian itu.

Anak perempuan mangsa yang berumur 17 tahun turut cedera di kaki akibat terpijak parang yang digunakan dalam serangan itu dan kini dirawat di Hospital Jitra.

Mangsa mempunyai enam orang anak manakala madunya mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan bulan.

Suami kedua-dua wanita itu yang berumur 54 tahun dan bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat swasta di Jitra dan ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemu bual.

Difahamkan, sebelum ini, madu wanita itu tinggal di rumah sewa di Kuala Nerang dan pindah ke rumah mangsa kira-kira dua minggu lalu kerana dikatakan suami mereka tidak mampu membayar sewa.

Sementara itu, seorang daripada jiran mangsa yang dikenali sebagai Nang Yah ketika ditemui pemberita berkata, ketika kejadian dia berada di luar rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi bising dan teriakan meminta tolong dari rumah jirannya itu yang terletak kira-kira lima meter dari rumahnya.

Nasihat kepada budak-budak insolvensi supaya mengelakkan daripada menganggu suami atau isteri orang. sedar-sedarlah bahawa anda sudah bersuami, isteri, ada anak.


Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain