Kopi luwak cetus kontroversi

JAKARTA: Dua daripada organisasi Islam utama Indonesia akan bertemu untuk memutuskan sama ada atau tidak perlu dikeluarkan satu fatwa mengharamkan kopi luwak, biji kopi terkenal dan mahal yang melalui penghadaman musang kecil sebelum ia diambil dan dipanggang.

Ma’aruf Amin, pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), berkata ia akan bertemu dengan Nahdlatul Ulama, organisasi terbesar Islam Indonesia, malam ini bagi membincangkan satu larangan ke atas industri berkembang itu.
“Satu fatwa diharapkan dapat menamatkan kebimbangan meningkat mengenai kopi luwak,” kata Ma’aruf.
Click Here
Kopi Luwak dimakan musang kecil dan dikeluarkan dalam najisnya sebelum dipanggang. Mendapat pujian kerana rasanya, kopi luwak terkenal sebagai kopi paling mahal di dunia, dengan harga AS$600 sekilogram (RM1,935.64) jika dibeli dari kedai online.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pernah memberi hadiah kopi luwak kepada Menteri Australia ketika itu Kevin Rudd ketika kunjungan rasminya Mac lalu.
Pemberian itu menarik perhatian media, memberi rujukan ‘crapuccino’ dan ‘dung diplomacy.’

Sementara itu, anggota Nahdlatul Ulama, Arwani Faishal, berkata pendapatnya bahawa kopi itu najis. Mengikut syariat Islam, najis dianggap tidak bersih.
“Namun ia hanyalah pendapat peribadi saya,” kata Faishal.

Bersentuhan dengan najis menjadikan seorang Islam perlu membersihkan dirinya, sebelum dibolehkan melakukan solat.

Kumpulan Islam Indonesia dikritik kerana mengeluarkan satu fatwa meliputi kelakuan meluas penduduknya walaupun ia tiada pendirian dari segi undang-undang dan sering diabaikan kebanyakannya. – Agensi

Baca kisah selanjutnya di sini.


Kredit : Bharian Online

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain