Kopi luwak cetus kontroversi
JAKARTA: Dua daripada organisasi Islam utama Indonesia akan bertemu untuk memutuskan sama ada atau tidak perlu dikeluarkan satu fatwa mengharamkan kopi luwak, biji kopi terkenal dan mahal yang melalui penghadaman musang kecil sebelum ia diambil dan dipanggang. Ma’aruf Amin, pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), berkata ia akan bertemu dengan Nahdlatul Ulama, organisasi terbesar Islam Indonesia, malam ini bagi membincangkan satu larangan ke atas industri berkembang itu. “Satu fatwa diharapkan dapat menamatkan kebimbangan meningkat mengenai kopi luwak,” kata Ma’aruf. Click Here Kopi Luwak dimakan musang kecil dan dikeluarkan dalam najisnya sebelum dipanggang. Mendapat pujian kerana rasanya, kopi luwak terkenal sebagai kopi paling mahal di dunia, dengan harga AS$600 sekilogram (RM1,935.64) jika dibeli dari kedai online. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pernah memberi hadiah kopi luwak kepada Menteri Australia ketika itu Kevin Rudd ketika kunjungan rasminya Mac lalu. Pemberian i...