Ditipu atau tamak

Ada yang mengatakan buat duit di internet adalah penipu. Saya percaya orang yang mempunyai tanggapan sedemikian pernah mengalami kerugian yang besar dengan menyertai program buat duit di internet. Memang amat malang sekali nasib orang yang pernah mengalaminya tetapi adalah tidak wajar melabelkan buat duit di internet itu penipu.

Pernahkah anda membeli barangan dilelong atau mana-mana portal secara online? Jika jawapan anda ya, bermakna anda setuju internet memang boleh buat duit. Orang yang menjual produk kepada anda akan mendapat keuntungan daripada anda. Jika bukan kerana internet sudah tentu anda tidak akan terbeli produk yang di tawarkan.

Bagi saya,kebanyakan mereka yang mengalami kerugian besar di internet adalah mereka yang tergolong sebagai orang yang tamak haloba. Golongan ini mahu menjadi orang kaya mee segera dan untuk mencapai impiannya itu, secara sedar atau tidak ia menyertai program cepat kaya yang akhirnya mergurikan diri sendiri. Apa mengalami kerugian maka internet dipersalahkan tanpa mempersalahkan dirinya sendiri.

Ramai usahawan berjaya dalam keusahawanan internet dan mereka ini memalui perjalanan yang panjang untuk membina kejayaan. Tidak ada jalan untuk menjadi jutawan segera tanpa panduan yang betul. Seorang kanak-kanak memerlukan bimbingan daripada orang tuanya untuk menjadi dewasa. Seseorang yang baru mengenali program buat duit di internet juga perlu mendapatkan bimbingan yang sudah terbukti berjaya dalam keusahawanan internet. Perlu diingat, ada banyak usahawan palsu di internet yang sentiasa mengambil peluang daripada ketamakan anda.

Menjana pendapatan diinternet adalah  mengambil sedikit masa. Jangan mengharapkan hari ini anda membina blog atau laman web, esok anda akan mendapat jualan. Tidak mungkin kerana blog anda belum diindex oleh google. Jadi untuk menjadi jutawan segera sangat mustahil. Untuk menjadi usahawan internet yang berjaya, biarlah bermula dari awal, dengan pendapatan yang kecil ke arah pendapatan yang lebih besar pada masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain