Posts

Showing posts from March, 2016

Bertumbuk dalam masjid kerana kurang wang hantaran

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya punah berkecai hanchor lebur bagaikan kaca terhempas kebatu selepas dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam tempoh hari. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa telah di tinju secara tumbukan swing selepas mahu beredar dari masjid tersebut kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000. Menurut sumber, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju untuk membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu. “Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak pe­rempuan meminta sejumlah RM15,000. “Pengantin lelaki yang bersetuju de­ngan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000

Ibu Cuai, anaknya yang ditinggalkan sendirian dalam kereta dilarikan bersama kereta

Image
Ini satu lagi kes Seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan di dalam kereta ibunya di hadapan sebuah kedai runcit di Tambun di Ipoh dilarikan seorang lelaki semalam. Pihak polis kerap bagi nasihat supaya tidak meninggalkan kanak-kanak dalam kereta sendirian tapi masih ada ibu yang tidak ambil peduli nasihat emas pihak polis. Ibu kanak-kanak terbabit keluar untuk membeli santan dan meninggalkan anaknya berumur tiga tahun di dalam kereta yang tidak berkunci dan enjin masih hidup.Susah sangat matikan enjin kereta. Selepas si ibu membeli santan dia kembali ke keretanya dan melihat seorang lelaki sedang masuk ke dalam keretanya. Si ibu kononnya cuba menghalang tetapi ditolak oleh suspek.  Nasib baiklah kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan menangis di tepi jalan di Taman Bunga Raya, Tapah kira-kira 65 kilometer dari Ipoh oleh seorang penduduk. Lelaki tersebut tidak ada niat menculik kanak-kanak tersebut tetapi mahu mencuri kereta wanita tersebut yang sudahpun tern