Posts

Showing posts from February, 2012

Kejayaan seorang ayah

Image
Ketika ibu bapa lain sibuk buat anak kemudian membuangnya ke dalam tong sampah sebaik sahaja lahir ke dunia, Low Swee Siong pula berusaha dalam perdebatan di mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya. Beberapa tahun lepas saya ada post berkaitan dengan perjuangan beliau mendapatkan hak penjagaan anak perempuan kesayangannya . Hari ini Mahkamah Tinggi Keluarga Jalan Duta hari ini memberi hak penjagaan Low Bi-Anne, 13, kepada bapanya Low Swee Siong, 43, selepas beliau berusaha untuk mendapatkan hak penjagaan selama empat tahun. Anak perempuannya nampak ceria bersama ayahnya kerana dia tahu dengan siapa dia boleh membesar dengan bahagia. Semoga mereka yang sudah dikurniakan anak tu janganlah memberikan hak penjagaan anak kepada tong sampah.

Anugerah World Press Photo 2011

Image
JURUGAMBAR Sepanyol yang bertugas untuk The New York Times, Samuel Aranda dinobatkan pemenang anugerah World Press Photo 2011 menerusi gambar seorang wanita berpurdah mendakap seorang ahli keluarganya yang cedera ketika demonstrasi terhadap Presiden Saleh di Sanaa, Yaman.

Fenomena telur berdiri bukan mitos

Image
Dibukti secara saintifik graviti bumi, manipulasi medan magnetik membolehkan telur tak tumbang KUALA LUMPUR: Fenomena telur berdiri tiada kaitan dengan kepercayaan atau mitos masyarakat tertentu kerana ia sudah dibuktikan secara saintifik bahawa graviti bumi atau manipulasi medan magnetik di makmal membolehkan telur tidak tumbang apabila didirikan. Pakar fizik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Mohd Yusof Othman, berkata mengikut kajian, tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari membolehkan telur berdiri termasuk ketika fenomena gerhana. “Kawasan mempunyai medan magnetik yang tinggi juga boleh menyebabkan telur berdiri,” katanya kepada Berita Minggu, semalam. Beliau diminta mengulas fenomena itu yang dicatatkan sebagai Hari Lup Choon atau Hari Telur Berdiri dalam kalendar Cina. Fenomena itu dikatakan berlaku setahun sekali dan tahun ini, ia bermula jam 12 tengah hari hingga jam 1 petang semalam. Jurugambar Berita Minggu, Nik Hariff Hassan, semalam mengam

Pelajar perempuan dibelasah di kangar

Image
Seorang pelajar perempuan parah dibalasah oleh sekumpulan 15 orang pelajar sekolah sama. Kejadian berlaku ketika pelajar yang dibelasah dalam perjalanan pulang selepas mengikuti latihan sukan sekolah. Mangsa merupakan pelajar baru di sekolah tersebut. Kumpulan samseng pelajar perempuan dipercayai membelasah pelajar berkenaan selepas pelajar tersebut membuat komen di facebook tidak puas hati kerana selalu dibuli. Mangsa yang mengayuh pasikal, ditahan, disepak, dipijak,ditarik rambut tidak mendapat belas kesihan walaupun dia berteriak meminta tolong. Pelajar lain yang lalu lalang ditempat kejadian juga tidak peduli malah ada pelajar lalaki hanya tertawa melihat kejadian berkenaan. AGAMA FAIL. MORAL FAIL. SYAITAN PASS. Apa sudah jadi dengan ibu bapa sekarang? Ibu bapa patut di salahkan kerana tidak tahu mendidik anak sendiri. Apa ibu bapa pelajar yang membalasah ini juga adalah bekas samseng sekolah? Seperti kata pepatah orang melayu, bagaimana acuan .....????.Itu pasti, orang selalu