Posts

Showing posts from July, 2011

Ashraf gagal jadi Aleesha meninggal dunia

" Antara sumpahan rakyat Malaysia, membunuh diri atau dilaknat Allah" Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana , meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi. Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan. Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'. Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai

Ketua Polis Malaysia minta bantuan teroris Malaysia

Image
"Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris? -Dr.Asri Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme. Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama. "Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu. Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil. Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30

Pegawai SPRM pun rasuah ke?

Pegawai SPRM pun manusia juga. Sedangkan yang alim pun suka terima sampul, inikan pula yang yang jarang-jarang sembahyang. Kalau pegawai bawahan ada buat, bagaimana dengan orang atasan? Ishhh..ishhh.ishhh Seorang bekas penolong penguasa Badan Pencegah Rasuah (BPR) dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap bekas exco Selangor, Datuk Saidin Tamby. Hakim Datuk Su Geok Yiam memerintahkan Rahiman Selamat, 52, menjalani hukuman itu mula hari ini selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen membebas dan melepaskan Rahiman pada 2001 atas tuduhan menerima jam tangan Rolex Oyster Perpetual bernilai RM3,000 daripada orang tengah, yang juga peniaga kereta terpakai, Razif Kamaruddinas sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap Saidin. Hakim juga menolak permohonan peguam tertuduh, Mohd Firuz Jaffr

Mengapa Peguam 'Scorpene' ditahan oleh kerajaan Malaysia

Image
Peguam Perancis William Bourdon ditahan oleh pegawai imigresen Malaysia yang kemudian diusir daripada Malaysia. Tidak ada penjelasan mengapa tetapi mengikut firasat saya pengusiran itu ada kaitan dengan usaha menutup penyelewengan jual beli kepal selam yang dibeli di Perancis. Beliau adalah seorang peguam dan bukannya seorang pengganas. Oleh itu rakyat Malaysia yakin beliau ni tidaklah mengancam keselamatan negara Malaysia tetapi mungkin boleh mengancam keselamatan individu tertentu. Huhuhh..ini masuk bab politik sudah walaupun saya tidak suka dengan politik. Walau bagaimanapun saya suka ingin mengetahui sesuatu yang kontroversi. Sama seperti pendedahan kes video seks Anwar Ibrahim, habis pak google saya teroka medapatkannya. Nasib baik orang UMNO baik hati bagi link download. Kerana ingin tahu, saya berusaha mendapatkan maklumat di google tapi tak dapat-dapat. Di Malaysiakini memang berlambak tapi tak elok juga kalau saya dapatkan maklumat di satu pihak sahaja. Saya juga perlu

Wikipedia Dr Lo'lo'

Image
Dr Mohd Asri Zainul Abidin Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya. Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya. Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'. Hari ini jenazah beliau

Punca stres kaum wanita di Malaysia

Image
KUALA LUMPUR: Curiga suami mempunyai wanita lain, anak tidak pandai dalam pelajaran dan tidak bekerja antara faktor ramai wanita di negara ini mengalami tekanan perasaan. Bagi yang bekerja pula, ada yang menghadapi tekanan kerana terpaksa bekerja dua kali ganda untuk mendapat pengiktirafan majikan berbanding lelaki kerana persepsi lelaki lebih berupaya memegang sesuatu jawatan.

Luahan lelaki tukar jantina

Image
Apakah dia dijadikan Allah seperti itu? Manusia hanya merancang Allah yang menentukan! Mengapa pula masyarakat mencemuh yang ditentukan oleh Allah? Mengapa tidak membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh hamba Allah ini? Ashraf tetap mahu terus perjuangan KUALA TERENGGANU : Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya, tetapi tidak akan patah semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya itu. Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik. “Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua w

Dr Lo'lo' yang wajib kenali

Image
Dr Mohd Asri Zainul Abidin Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya. Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya. Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'. Hari ini jenazah beliau

Mati tergantung selepas disaman

Image
JASIN: Seorang pelajar berusia 15 tahun dijumpai mati tergantung di rumahnya di Taman Bemban Utama dekat sini, petang kelmarin, selepas menerima saman polis kerana kesalahan trafik. Dalam kejadian jam 5 petang itu, mayat M Rajathurai yang juga pelajar Sekolah Menengah Seri Bemban ditemui ibunya ketika membuka pintu bilik yang tidak berkunci. S Chinammah, 49, berkata beliau terkejut dengan kejadian itu selepas beberapa jam anaknya menerima saman daripada polis atas kesalahan trafik yang dilakukannya. “Semuanya bermula apabila saya meminta dia (Rajathurai) ke kedai untuk membeli barang tetapi menyuruhnya berjalan kaki atau berbasikal. “Bagaimanapun, saya tidak menyangka anak saya menaiki motosikal milik rakan abangnya secara senyap untuk ke kedai, “ katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. Chinammah berkata, beliau hanya mengetahui anaknya itu disaman polis selepas kereta peronda datang ke rumahnya untuk mengambil Mykad. Katanya, polis yang membawa anaknya itu tu