Posts

Showing posts from January, 2011

Kutip hutang guna kuasa ghaib??

Image
BANGSAR: Pelik tetapi benar, guna khidmat makhluk halus untuk kutip hutang. Itulah perkhidmatan terbaru yang ditawarkan pihak tertentu kepada orang ramai di Lembah Klang, khususnya mereka yang sukar untuk menuntut hutang daripada pemiutang. Dengan membayar 30 peratus daripada hasil keseluruhan kutipan hutang, orang ramai berpeluang menggunakan khidmat ‘cara halus’ yang ditawarkan pihak tertentu terbabit melalui banting iklan yang dipasang di pinggir bandar raya dan sekitar Selangor. Antara perkataan yang tertera di banting iklan berkenaan ialah ‘Perkhidmatan Mengutip Hutang Cara Halus -untuk nilai RM1 juta ke atas.’ Tinjauan mendapati iklan perkhidmatan yang tidak didaftarkan itu meminta pelanggan menghubungi nombor telefon tertera pada banting iklan terbabit bagi mendapatkan khidmat yang ditawarkan. Bagaimanapun, perkhidmatan hanya diberi kepada jumlah kutipan hutang yang melebihi RM1 juta. Pihak menyediakan perkhidmatan itu yang enggan namanya disiarkan berkata, melalui ka

Macam-macam: Makanan mampu jadi punca kemurungan

WASHINGTON: Memakan makanan yang tinggi lemak-trans atau lemak tepu akan meningkatkan risiko kemurungan, kata satu kajian semalam, mengesahkan penyelidikan sebelum ini mengaitkan 'makanan tidak berkhasiat' dengan penyakit berkenaan. Penulis kajian dari universiti Navarra dan Las Palmas de Gran Canaria mengikuti dan menganalisa diet dan cara hidup lebih 12,000 sukarelawan selama enam tahun. Apabila kajian bermula, tiada peserta dikesan dengan depresi tetapi akhir kajian 657 orang mengalaminya. “Peserta menggunakan lemak trans tinggi (lemak hadir dalam bentuk bukan semula jadi dari penghasilan pastri dan makanan segera) mewakili lebih 48 peratus meningkatnya risiko kemurungan,” kata ketua kajian. – AFP

Cinta Facebook - Taib Mahmud kahwin anak dara Lubnan

Image
Ada satu kata-kata mutiara yang saya dapat daripada seorang kawan yang bertajuk "Wang". Ya, ada wang semua boleh jadi. Kerana Taib Mahmud banyak wang maka dia boleh dapat apa yang dia nak. Nak kahwin perempuan muda pun boleh. Balik kepada cerita wang tu, ada satu kata-kata yang saya rasa ngam dengan Taib Mahmud ni. Bunyi ni lebih kurang macam ni - kalau Taib ada wang, Taib boleh beli sex tetapi bukan cinta. Itu perempuan cinta ke sama Taib?? Mahu berkahwin tidak semestinya cinta tapi kerana wang. Forumer kedai kopi cakap Taib cari perempuan yang memangpun mahu melarikan diri daripada peperangan di negaranya. Gadis Malaysia tidak pakai Taib sebab dia sudah tua kerepot. Sape cakap Taib kerepot? nanti dia pakai bedak tebal-tebal nampak hensem juga tu. Tengok, Taib dah dapat amoi yang cantik,perawan,kuat dari Lubnan. keh keh keh With Money You Can Buy SEX But Not Love...

Siam bukan Thai?

Etnik Siam di Malaysia dakwa berasal dari Mongolia SIAM atau Thai? Bukankah ia membawa maksud serupa kerana kedua-duanya berasal daripada rumpun sama iaitu di negara jiran Thailand. Adakah masyarakat Siam di negara ini pendatang yang merantau masuk ke sini kerana pelbagai sebab, sama seperti beberapa etnik lain di Malaysia? Tidak ramai, malah mungkin tidak ada sebenarnya yang membahaskan isu ini dengan kebanyakannya mengambil jalan mudah menggelar masyarakat Siam di negara ini sebagai pendatang dari Thailand meskipun realitinya sangat berbeza. Berapa kerat sangat masyarakat di negara ini yang merujuk kepada sejarah bagi mengkelaskan sesiapa sebagai anak tempatan atau pendatang sedangkan realitinya, masyarakat Siam di negara ini mungkin menjadi waris terawal menjejak kaki di bumi Malaysia, mungkin juga lebih lama daripada masyarakat Melayu sendiri. Tidak boleh dinafikan kebanyakan masyarakat di negara ini, termasuk Melayu sendiri adalah penghijrah dari negara tertentu. Malah, menu

Akibat cemburu - Wanita parah ditetak madu

Seorang suri rumah cedera parah di bahagian kepala, muka dan tangan akibat ditetak dengan parang oleh madunya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini, hari ini. Kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai berpunca dari perasaan cemburu antara kedua-dua wanita tersebut yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lalu. Wanita berumur 54 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil manakala madunya yang berumur 27 tahun dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian itu. Anak perempuan mangsa yang berumur 17 tahun turut cedera di kaki akibat terpijak parang yang digunakan dalam serangan itu dan kini dirawat di Hospital Jitra. Mangsa mempunyai enam orang anak manakala madunya mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan bulan. Suami kedua-dua wanita itu yang berumur 54 tahun dan bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat swasta di Jitra dan ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemu bual. Difahamkan, sebelum ini, ma