Posts

Showing posts from May, 2010

Ditipu atau tamak

Ada yang mengatakan buat duit di internet adalah penipu. Saya percaya orang yang mempunyai tanggapan sedemikian pernah mengalami kerugian yang besar dengan menyertai program buat duit di internet. Memang amat malang sekali nasib orang yang pernah mengalaminya tetapi adalah tidak wajar melabelkan buat duit di internet itu penipu. Pernahkah anda membeli barangan dilelong atau mana-mana portal secara online? Jika jawapan anda ya, bermakna anda setuju internet memang boleh buat duit. Orang yang menjual produk kepada anda akan mendapat keuntungan daripada anda. Jika bukan kerana internet sudah tentu anda tidak akan terbeli produk yang di tawarkan. Bagi saya,kebanyakan mereka yang mengalami kerugian besar di internet adalah mereka yang tergolong sebagai orang yang tamak haloba. Golongan ini mahu menjadi orang kaya mee segera dan untuk mencapai impiannya itu, secara sedar atau tidak ia menyertai program cepat kaya yang akhirnya mergurikan diri sendiri. Apa mengalami kerugian maka internet

Anak maki ibu sendiri - hadiah hari ibu

Seorang ibu muda pada hari ini akan menjadi seorang ibu tua pada suatu hari nanti. Jika seorang ayah muda pada hari ini, lambat laun dia akan menjadi ayah tua. Jika hari ini seorang ibu muda atau ayah muda memaki ibu bapa sendiri, akan datang giliran anda pula akan di maki oleh anak sendiri. Sayangilah orang tua selagi nyawa dikandung badan. Bukan ketika memerlukan bantuan barulah berbaik-baik dengan orang tua. Apabila tidak diperlukan, diperlakukan seperti bola. Kisah benar suami isteri memaki ibu sendiri. Bukan hanya memaki malah meninggalkan si ibu sendirian di tepi jalan. Sungguh menyedihkan. Artikel penuh di bawah... SAYA terkilan dengan situasi seorang ibu yang dimaki depan khalayak ramai berdekatan bengkel membaiki kereta di Pusat Komersial Shah Alam pada minggu lalu. Sepasang suami isteri bertindak memarahi dan memaki hamun ibunya hanya kerana ibunya berasa takut akibat kereta yang dinaiki mereka perlu menyusuri bukit untuk ke bengkel berkenaan. Ibunya yang nekad kelu

Rokok ada sel darah babi

Image
KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok. Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok. Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi. Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi. sumber : www.kosmo.com.my