Jiwa penataan Jepun
Ketengah unsur alam, hiasan ringkas selain perabot pelbagai fungsi GAYA penataan tradisi Jepun mengilhamkan suasana kediaman serba damai yang diterjemahkan menerusi hiasan dalaman serba ringkas selain warna alam. Dan, kalaupun warna terang dan dramatik digunakan, elemen berkenaan sekadar sisipan bagi menghindari persekitaran suram. Warna hitam, misalnya dianggap membawa aura negatif kepada gaya penataan Inggeris walaupun ia sebaliknya mendapat tempat istimewa di kediaman berciri Oriental seperti Jepun. Namun, warna gelap ini diusulkan bersama putih serta krim. Usaha menghidupkan gaya semula jadi pula ditentukan menerusi pemilihan warna monokrom yang diwujudkan tona gelap kayu padu, buluh, konkrit dan batu kerikil. Andai ingin menyelami penataan hiasan dalaman Jepun, bolehlah menjengah ke Hidakagu Interior (HI) yang terletak di pusat beli-belah The Curves, Mutiara Damansara di Selangor. “Kelengkapan rumah Jepun menitikberatkan keaslian rupa. Sebab itu, jika diteliti, kebanyaka