Posts

Showing posts from March, 2019

Kelab Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Image
Mantan-mantan Timbalan Perdana Menteri yang dahulu dan sekarang bersatu dalam sekeping gambar yang diambil semasa penamaan calon Pilhan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, pagi Sabtu. Gambar berkenaan memperlihatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disertai suami Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yasin serta Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Gambar yang dimuat naik oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil itu mengundang perasaan yang mencuit hati netizen kerana meletakkan kapsyen berbunyi ‘Pertemuan Ahli-ahli Kelab Timbalan Perdana Menteri (Mantan dan Sedang)'. Muat naik itu telah mendapat perhatian netizen yang turut berjenaka mengenainya, Untuk rekod, jawatan Timbalan Perdana Menteri pernah disandang oleh kesemua individu dalam gambar berkenaan bermula dengan Anwar (1993-1998), Muhyiddin (2009-2015), Zahid Hamidi (2015-2018). M

Misteri Kematian Pasangan Kekasih Terjawab

Image
MEDAN - INDONESIA. Misteri pembunuhan sepasang kekasih yang mayat mereka ditemui dalam keadaan mengaibkan di bilik sebuah hotel di Sumatera Utara akhirnya terbongkar. Polis mengesahkan ia adalah kejadian bunuh dan bunuh diri. Jenayah itu berlaku di Kota Kisaran, Kabupaten Asahan, kelmarin. Mangsa lelaki dikenal pasti sebagai Hasyim Prasetyo, 33, terlebih dahulu menembak bahagian belakang kepala kekasihnya, Devi Istiana, 23, sebelum bertindak membunuh diri menggunakan sepucuk pistol buatan sendiri. Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Asahan, Asisten Komisioner Faisal Napitupulu. "Kes ini sudah selesai. Suspek utama telah meninggal dunia. "Gagal bertunang kerana hubungan tidak direstui keluarga perempuan adalah motif di sebalik pembunuhan ini. "Perkara ini terbongkar selepas kami memeriksa perbualan terakhir mereka di aplikasi WhatsApp," kata Faisal. Tambah Faisal, pasangan terbabit pernah bertunang sebelum ini namun terputus dipertengahan jalan ak

Kelakuan mereka menghairankan binatang kata Dr. Asri

Manusia biasanya berkumpul dan melaungkan perasaan untuk menuntut hak yang Tuhan berikan tapi telah dicabuli atau mencari kebaikan demi membela fitrah insani. Malangnya bagi golongan songsang mereka berhimpun dan menjerit menuntut supaya kesongsangan hidup mereka diiktiraf. Mereka bukan sahaja mendedahkan keaiban diri mereka bahkan mendedahkan betapa mereka itu 'cacat' mencacatkan fitrah. Perarakan seperti itu bukan sahaja menghairankan manusia yang menuruti fitrah yang Allah tetapkan, tapi ia juga boleh menghairankan alam haiwan yang sentiasa berada atas ketetapan ciptaan Tuhan. Kenyataan diatas adalah merujuk kepada kaum LGBT yang membuat perhimpunan bagi menuntut hak mereka di Kuala Lumpur. Aduhai LGBT.. kamu belum merasa terung dan pepe. Belum cuba belum tau, sudah try hari-hari mau.