Posts

Showing posts from June, 2017

Terima kasih kerana berbuka bersama kami

Image
Kisah 5 orang pemuda cina yang tidak menyentuh makanan selagi azan tidak berkumandang bagi menghormati orang yang beragama islam yang sedang mengerjakan ibadah puasa. Bagaimana jika mereka menyentuh makanan sebelum azan? Adakah umat islam khususnya yang merakam gelagat mereka akan mengecam akan tindakan mereka? Baru-baru ini portal sinarharian melaporkan GELAGAT lima pemuda Cina yang tidak menyentuh makanan mereka sehinggalah azan berkumandang yang diperhatikan seorang pelayar laman sosial. Pelayar tersebut yang dipercayai berbuka puasa di Aeon Melaka, 11 Jun lepas mendakwa kumpulan pemuda berkenaan menunggu masa sesuai untuk mereka menjamah makanan. Kita mengucapkan tahniah kepada mereka kerana turut berbuka puasa bersama kita. Namun kita tidak boleh memarahi mereka jika mereka menyentuh makanan sebab mereka tidak berpuasa. Jika kita marah itu menampakkan iman kita tidaklah sekuat mana. Melihat orang makan hanya sebahagian kecil godaan yang perlu dihadapi sepanjang bulan rama