Remaja wanita hamil 3 bulan dikebumi hidup-hidup?
Remaja dikebumi hidup-hidup? Honduras: Saudara-mara seorang remaja yang mati ketika hamil tiga bulan, memecahkan kubur serta kerandanya selepas mendakwa terdengar bunyi ketukan dalam keranda itu membuatkan mereka percaya remaja berkenaan masih hidup. Remaja itu, Nelsy Perez, 16, dikejarkan ke klinik terbaring dalam keranda, berpakaian gaun pengantin yang sepatutnya dipakai untuk majlis perkahwinan dengan lelaki yang menjadi bapa bayi dalam kandungannya. Namun, doktor menegaskan tidak menemui sebarang tanda remaja itu masih hidup. Menurut saudara-mara remaja itu, mereka mendapati ada tanda pergelutan dengan panel kaca keranda pecah serta calar-calar pada jarinya. Rakaman video kejadian itu yang berlaku awal Julai lalu, di Copan, barat Honduras, namun mula disiarkan stesen televisyen negara itu mulai semalam. Rakaman itu menunjukkan orang ramai berkumpul di sekeliling kubur Nelsy ketika seorang remaja memecahkan konkrit kubur untuk menarik keluar kerandanya. Menurut ke