Asal-usul Puchong
JIKA nama tempat ini disebut puluhan tahun lalu, ramai yang tidak berani memasukinya disebabkan tiga perkara; pertama hantu, kedua, penyamun dan ketiga, disebabkan ramai pengganas komunis. Namun kawasan diberi nama Puchong kini bagaikan tidak pernah kosong dengan kelibat manusia dan juga kenderaan bertali arus di lebuh raya yang menyambungkannya dengan beberapa kawasan. Bekas Ketua Kampung Batu 14 Puchong, Shaari Maun, 74, berkata, dia dilahirkan di Kampung Pulas, (diberi nama itu kerana banyak pokok pulasan) Puchong pada tahun 1940. Mengikut sejarah terdahulu, Puchong yang dipercayai wujud kira-kira 120 tahun lepas mendapat namanya sempena sejenis burung yang dikatakan sering memenuhi kawasan tebing sungai dan lombong. Burung berwarna putih dan kelihatan seperti bangau tersebut dikatakan malas untuk mencari makanannya sendiri. Shaari berkata, Orang Asli pada sekitar tahun 1900 menjadikan burung tersebut sebagai makanan kegemaran sehinggalah terdapat seorang anak watan Mela