Posts

Showing posts from September, 2012

Cara mengurangkan risiko sakit jantung

STOCKHOLM: Anda mungkin lebih cenderung untuk makan coklat selepas penyelidikan mendakwa ia boleh mengurangkan risiko angin ahmar. Lelaki yang makan coklat dalam kadar sederhana setiap minggu didapati semakin kurang kena angin ahmar dalam tempoh 10 tahun dibandingkan mereka yang tidak makan langsung. Responden yang mengambil bahagian dalam kajian perkara itu makan banyak coklat, sama dengan satu pertiga cawan cip coklat mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 17 peratus. Seramai 37,103 lelaki Sweden berusia 49 hingga 75 tahun mengambil bahagian dalam kajian itu, lapor akhbar Daily Mail. Cara pemakanan mereka dinilai menerusi soalan mengenai makanan terutama sekerap mana mereka makan coklat. Kemajuan dari segi kesihatan lelaki terbabit direkod selama 10 tahun. Daripada bilangan keseluruhan responden, penyelidik mencatat 1,995 orang yang kena sakit jantung sebanyak sekali. Kajian sebelum ini menunjukkan coklat mungkin membantu mencegah diabetes, menghalang tekanan darah dan m

Ubat mati pucuk

London: Satu ubat yang diperbuat menggunakan cecair bisa labah-labah paling berbisa di dunia mungkin boleh menjadi penawar terbaik mati pucuk. Penyelidik dari Brazil dan Amerika Syarikat mendapati, bisa labah-labah ‘Wandering Spider’ dari Brazil mengandungi toksin yang membantu aliran darah dan seterusnya menghilangkan mati pucuk selepas 20 minit memasuki sistem tubuh, lapor akhbar di sini. Bunuh ramai orang Labah-labah berkenaan bertanggungjawab membunuh lebih ramai orang berbanding spesies lain. Mangsa yang kena bisanya biasanya maut selepas sejam kena gigitan. Beberapa ujian yang dilakukan pada tikus menunjukkan prestasi aliran darah meningkat selepas bisanya memasuki badan dan melepaskan oksid nitrik, sejenis kimia yang mencairkan darah dan membantu aliran darah menjadi lebih baik. Proses itu sama seperti yang dilakukan ubat anti mati pucuk. Meskipun ubat seperti Viagra, Cialis dan Levitra berjaya membantu ramai lelaki sejak 10 tahun lalu, 30 peratus lelaki masih mendapati p