Posts

Showing posts from December, 2011

Anak Dr Juanda bukan warganegara menurut JPN

Baca betul-betul mana tahu ia akan menimpa dengan awak pada masa akan datang ... Kenapa perlu 'salinan' surat nikah untuk memohon MyKad anak? 1. Saya amat berterimakasih kepada semua pihak terutama media yang mengutip dan melaporkan status berita pada dinding laman Facebook peribadi saya Jumaat 23 Disember 2011 berkaitan isu permohonan Mykad anak gadis saya. Saya terpaksa beralih kepada Facebook setelah saluran rasmi lain yang saya gunakan gagal membantu saya pada masa itu. Zaman informasi terkini menjanjikan tiada masalah boleh disimpan di bawah karpet lagi dan manusia boleh saling berkongsi masalah dan membantu memberikan jalan penyelesaian sesama mereka. 2. Isu utama sebenar yang belum terjawab hingga hari ini ialah; Kenapa pihak JPN perlukan salinan (salinan??? bukan original) surat nikah bagi mengesahkan kewarganegaraan seseorang individu rakyat Malaysia sewaktu memohon Mykad anaknya? Begitu juga dipinta lagi sewaktu memohon untuk membuat Passport Antarabangsa? Apak

Kim Jong-il meninggal dunia akibat serangan jantung

Image
SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il, meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat serangan jantung, menurut media rasmi negara itu. Menurut Korean Central News Agency (KCNA), pemimpin itu “meninggal dunia akibat tekanan hebat mental dan fizikal" pada 8.30 pagi Sabtu (7.30 pagi waktu Malaysia) ketika berada dalam kereta api untuk jelajah "turun padang". Ia menggesa rakyat Korea Utara supaya mengikut anak lelaki bongsu Jong-Il dan penggantinya, Kim Jong-Un, yang berusia lewat 20an. “Semua ahli parti, tentera dan orang awam patut mentaati kepemimpinan komrad Kim Jong-Un dan melindungi dan mengukuhkan lagi parti, tentera dan orang awam," kata penyampai TV agensi berita itu yang berpakaian serba hitam sambil menangis. Menurut KCNA, bedah siasat dilakukan semalam. Pemimpin terbabit mengalami serangan angin ahmar pada Ogos 2008. Pengebumian beliau akan diadakan pada 28 Disember ini tetapi tiada delegasi asing dijemput hadir. Tempoh berkabung diisytihar da