Posts

Showing posts from October, 2011

Rahsia Handphone ketika kecemasan

Salam hormat semua..copy and paste daripada facebook kali ni adalah kisah sejuta kegunaan handphone tapi saya cuma masukkan empat kegunaan luar biasa saja. Saya tak pasti sama ada ia betul-betul berfungsi atau tak sebab saya belum cuba lagi. Kalau tak menjadi anggap sahaja sebagai hiburan ..ok kisahnya begini ....JANGAN DI CUBA NANTI AWAK MARAH... 1.Nombor Kecemasan Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock). 2. Kereta terkunci Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. J

Muammar Gaddafi maut ditangan pemberontak

Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu, sebentar tadi. Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu. “Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya....Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi. Jurucakap operasi ibu pejabat NATO di Naples, Itali, Kolonel Roland Lavoie, berkata pesawat bersekutu melancarkan serangan ke atas dua kenderaan pasukan keselamatan pro-Gaddafi awal pagi tadi, di mana mereka terpisah daripada kumpulan itu sebelum menuju ke Sirte. Ba

Pengorbanan seorang anak

Image
Saya tak pasti tajuk kisah ini sesuai atau tidak. Kisah ini saya copy dari Facebook untuk perkongsian bersama. Lepas baca copy balik dan paste di mana-mana yang boleh dikongsikan.. Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”. Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya. Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin. Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang. Dia bersekolah dengan berjalan kaki melal

Bangkai pesawat Malaysia ditemui selepas 17 tahun

Image
Akhbar Indonesia dakwa bangkai kapal terbang, rangka manusia dikesan di Aceh KUALA LUMPUR: Polis Aceh mendakwa menemui bangkai sebuah pesawat dipercayai jenis SC-7 Skyvan milik Pan Malaysia Air Transport (PMAT) Sdn Bhd yang hilang ketika dalam perjalanan dari Medan ke Banda Aceh, 17 tahun lalu. Akhbar Waspada kelmarin menyiarkan di muka depannya berita mengenai penemuan bangkai pesawat itu dan rangka manusia di dalamnya yang dikesan di kawasan pergunungan Aceh Besar di Utara Sumatera. Usaha Berita Harian sehingga lewat malam tadi untuk mendapat pengesahan sama ada bangkai pesawat itu adalah milik PMAT tidak membawa kejayaan, berikutan pasukan mencari diketuai Polis Indonesia yang memasuki kawasan pergunungan berkenaan dikatakan belum keluar dari kawasan lokasi penemuan bangkai itu. Ketua Polis Daerah Aceh Besar, Agus Susanto memberitahu akhbar itu pasukannya sudah berlepas ke kawasan Gunung Leuser bagi mencari bahan bukti untuk mengesahkan penemuan berkenaan. “Kita harus me