Posts

Showing posts from August, 2011

Manusia paling kerdil di dunia

Image
ORANG paling kecil di dunia yang berasal dari Nepal, Khagendra Thapa Magar, 19, dibantu pereka kasut tempatan, Sherlina Doraimani untuk mengukur saiz kakinya berukuran 4 inci ketika beliau bersama keluarganya berkunjung ke Malaysia sempena promosi melawat Nepal di Hotel Hilton Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Nik Hariff Hassan

TV3 siarkan berita palsu?

Image
TV3 terdesak untuk mengaut untung lebih dengan menyiarkan berita palsu? Sebuah NGO membuat laporan polis terhadap TV3 kerana didakwa mereka-reka berita dalam laporan beritanya mengenai pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang cuba memurtadkan umat Islam. Kumpulan itu, Jingga 13 dalam laporannya berkata ahli-ahli surau yang dikatakan berdemo itu pada siaran berita Buletin Utama 21 Ogos lalu sebenarnya tidak wujud. Klip berita itu memaparkan sekumpulan kira-kira 50 orang dari Surau Qariah Al-Musyrikin yang diketuai oleh Mustapha Kamal Mohd Yusof - dipercayai pemimpin Umno di cawangan Seputeh - berkumpul di hadapan pusat tuisyen berkenaan bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam. "Laporan itu cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli surau membantah," kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa. Namun, menurut Fariz, semakan mereka mendapati surau berkenaan t

Perkasa meminta supaya guru Kristian diharamkan di sekolah kebangsaan

Syed Hassan mengetuai hampir 30 anggota PERKASA berhimpun di masjid itu selepas solat Jumaat bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap pemimpin dalam tiga parti Melayu terbesar itu. Dalam acara ringkas tidak sampai 30 minit itu, mereka membawa pelbagai poster mengecam pemimpin Islam dan meminta supaya guru Kristian diharamkan di sekolah kebangsaan. Bagaimanapun, ditanya tentang cadangan itu, Syed Hassan berkata pihaknya cuma berharap pihak berkuasa memantau guru-guru itu kerana dibimbangi menyampaikan ajaran Kristian kepada murid Islam. Sumber : Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/173527

Perkasa desak guru kristian diharamkan di sekolah kebangsaan

Image
Perkasa tidak berani mendesak agar sekolah mubaligh diharamkan bagi guru dan murid yang beragama islam. Perkasa memang BODOH dan pengecut . Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini menyatakan rasa kecewanya terhadap pemimpin Melayu dalam pelbagai parti yang didakwanya "kebulur" terhadap undi Kristian sehingga "menggadaikan maruah Islam". Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali (kiri) berkata, sikap itu kelihatan apabila pemimpin Melayu Umno, PAS dan PKR berdiam diri dalam pelbagai isu, termasuk kes pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu. "Jangan fikir soal parti lagi. Pemimpin Islam mesti bersatu, mesti berhenti kejar undi Kristian. "Kenapa kebulur sangat pada undi Kristian sehingga menggadaikan maruah Islam?" soalnya. Syed Hassan mengetuai hampir 30 anggota PERKASA berhimpun di masjid itu selepas solat Jumaat bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap pemimpin dalam tiga parti Melayu terbesar itu. Dalam a

Anak bunuh bapa sendiri

Kejam..memang sungguh kejam. Seorang anak menetak bapanya sehingga mati dengan menggunakan sebilah parang lewat petang semalam. Peristiwa ngeri ni berlaku di Kuala Nerang sekitar pukul 7 ketika menunggu waktu berbuka puasa. Suspek yang ada sedikit senteng, tidak berpuas hati dengan bapanya yang menegurnya setelah memarahi anak buahnya yang buat bising ketika menunggu berbuka puasa. Suspek menetak bapanya dari kepada hingga ke hujung kaki menyebabkan urat buku lali putus. Huhuhh..memang kejam manusia ni. Manusia spesies mana tak diketahui. Kalau ada seseorang yang senteng di rumah jangan diusik kerana manusia macam ni tak ada pertimbangan. Masuk mahkamahpun kompom dia lepas daripada tali gantung.