Posts

Showing posts from April, 2011

Berjuang untuk anak tersayang

Image
SWEE SIONG bersama Bi-Anne gembira dengan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya memberikan hak penjagaan sementara kepadanya, semalam. Bapa lega kes rebut anak sejak 2008 selesai PUTRAJAYA: Perjuangan seorang ayah untuk mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya daripada bekas isteri yang kini menetap di London sehingga terpaksa membayar denda sejumlah RM71,200 membuahkan hasil apabila Mahkamah Rayuan, di sini, memberikan hak penjagaan sementara kepadanya. Kalau saya hakim, saya akan tanya si anak dengan siapa dia boleh hidup bahagia. Tempat yang membahagiakan dia itulah yang layak menjaga beliau. Menurut sumber Bi-Anne mahu tinggal dengan ayahnya jadi apa salahnya si ayah diberi hak penjagaan. Tapi siapalah yang tak sayangkan anak, sebab itulah ia perlu diselesaikan di mahkamah. Pengajarannya ikut macam pasangan ni, walaupun sudah bercerai tapi berebut nak jaga anak dan bukannya buang anak ke dalam tong sampah seperti yang selalu kita dengar.

Mengapa orang Yahudi pintar ?

Ini adalah hasil tulisan seorang Doktor inggeris. Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan

Video seks Anwar Ibrahim

Image
 Seronok Dalam Lif Polis Kuala Lumpur sudah mengesahkan video seks yang dibuat oleh Datuk T adalah tulen. Walau bagaimanapun pelakon utama video seks itu belum didedahkan oleh pihak polis atas alasan masih banyak yang perlu disiasat. Diambil dari Youtube Ramai percaya bahawa pelakon video seks itu adalah Anwar Ibrahim. Itu ramalan di pihak Barisan Nasional manakala Anwar sudah menafikan dengan mengatakan orang dalam video seks itu buncit daripada beliau. Rasanya orang Malaysia tidak lagi memikirkan siapa pelakon dalam video seks tersebut. Kini masing-masing memikirkan bagaimana buat duit dengan video seks sebab pihak berkuasa nampaknya tidak marah lagi dengan penyebaran video seks. Buktinya si penyebar video seks Anwar Ibrahim tidak dikenakan apa-apa tindakan. Jika perkara ini terjadi di Indonesia, kumpulan Datuk T ni sudah lama masuk penjara. Apakan daya, Malaysia suka berseronok-seronok, tak kira bukan islam ke islam. Sana sini ada keseronokan.