Posts

Showing posts from April, 2010

Misteri Etnik: Orang Tatau

Image
Kaum ini di ambang kepupusan, hanya tinggal lapan orang masih berdarah Tatau tulen. WALAUPUN bukan berkaitan jasa atau pengorbanan dilakukan demi kepentingan bangsa dan negara, peribahasa ‘harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’ tetap sinonim dengan senario semasa kehidupan satu daripada 42 etnik terkini di Sarawak, iaitu Orang Tatau. Ini kerana suku kaum tergolong dalam etnik utama Orang Hulu di daerah Tatau di bahagian tengah Bumi Kenyalang itu kini di ambang kepupusan, hanya tinggal lapan orang yang dikatakan benar-benar berdarah minoriti berkenaan, itupun masing-masing sudah memasuki era warga emas. Sungguhpun demikian, nama Tatau tercatat dalam peta Sarawak sebagai sebuah daerah yang kini pesat membangun dengan menjadikan pekan yang juga dikenali dengan nama Tatau - pusat pentadbiran, ekonomi, sosial dan pendidikan kawasan yang berhampiran Bintulu itu. Selain etnik Tatau, daerah dengan keluasan 4,945.8 kilometer persegi itu, kini didiami sekitar 30,0