Rahsia Dusun Bonggi
Masih kekalkan cara hidup lama, tinggal dalam kelompok keluarga sendiri NAMA Pulau Banggi di Sabah mungkin tidak asing lagi apabila projek pembangunan berasaskan pertanian mula diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama pulau itu sebenarnya berasal daripada satu suku etnik minoriti iaitu penduduk asal di pulau itu, Dusun Bonggi. Sehingga kini, tidak ramai tahu kewujudan etnik itu kerana meskipun sudah lama berada di Pulau Banggi, penempatan mereka yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka hanya dikenali masyarakat tempatan dan sebilangan kecil penduduk Sabah. Malah, keutuhan mereka mengekalkan beberapa cara hidup lama iaitu tinggal dalam kelompok keluarga sendiri jauh di dalam hutan menyebabkan etnik itu semakin sukar untuk didekati sekali gus menjadikan masyarakat terbabit, hanya seperti berada dalam dunia mereka sendiri. Bilangan masyarakat etnik Dusun Bonggi yang begitu kecil, sekitar 4,000 orang langsung tidak menggambarkan sejarah