Posts

Showing posts from September, 2010

Telefon pintar komputer kompak

Image
Memilikinya seperti mempunyai sebuah komputer peribadi mini, memandangkan beratnya hanya 181 gram (g). Begitu gambaran ringkas N900, terbaru daripada Nokia yang beberapa bulan lepas telah menemui pengguna. Justeru , model pintar yang menggabungkan komunikasi, hiburan, santai dan aplikasi pejabat kelihatan hampir sempurna bagi pembangunan gajet pintar idaman. Ini kerana, pengguna pada hari ini mengidamkan sesuatu yang lebih daripada yang ada di pasaran sekarang untuk berhubungan atau apa juga kegunaan. Memetik kata-kata Pengurus Besar Nokia Malaysia , Singapura dan Brunei, Vlasta Berka, bahawa pengguna mahukan lebih kuasa, menambah baik fungsi dan sambungan lebih hebat. Maka Nokia N900 ditampilkan sebagai teknologi perkomputeran mudah alih seperti komputer peribadi, Internet dan telefon bimbit. Dioperasikan dengan Maemo 5 dan dilengkapi sejumlah aplikasi yang dimanfaatkan serentak dengan ciri-ciri selular skrin sesentuh dan papan kekunci QWERTY, menjadikannya produk yang dir

BlackBerry menakluki pasaran

Image
MULA menjengah pasaran Malaysia sekitar pertengahan tahun 2007, kehadiran model-model telefon bimbit pintar BlackBerry waktu itu kurang mendapat perhatian pengguna produk telekomunikasi negara ini. Jika ada pun, hanya golongan profesional dan peniaga yang mengaplikasikan operasi peranti selular moden itu. Mungkin disebabkan ketika itu para pengguna masih belum bersedia untuk menerima perkhidmatan berteknologi tinggi yang ditawarkan BlackBerry selain lebih gemar memilih jenama telefon bimbit terkenal lain seperti Nokia, Sony Ericsson dan Motorola. Di peringkat antarabangsa pula, pembangunan BlackBerry sebenarnya telah bermula sejak tahun 1999 oleh syarikat Research In Motion (RIM) yang berpangkalan di Kanada. Tahun demi tahun, semakin banyak model BlackBerry dengan pelbagai pembaharuan aplikasi diperkenalkan. Tahun 2002 menyaksikan BlackBerry tampil dengan keupayaan fungsi telekomunikasi lebih baik seperti sambungan Wi-Fi, pelayaran laman web, faks, Internet dan emel tolakan.

Kereta terbang hampiri realiti

Image
ANDA mungkin sering mendengar cerita mengenai konsep kereta terbang tetapi tiada satupun yang benar-benar boleh dibeli di pasaran. Kebanyakannya gagal dikomersialkan untuk pasaran pengguna biasa - mungkin kerana terlalu mahal atau tidak praktikal langsung. Bagaimanapun, impian anda kini menghampiri realiti apabila ada syarikat yang berjaya membangunkan kereta terbang yang 'benar-benar' boleh terbang dan juga harganya tidak terlalu mahal. Transition adalah nama kereta terbang atau pesawat darat itu keluaran Terrafugia. Walau apa sahaja namanya yang anda gelar, tetapi kenderaan itu telah diuji kemampuan terbangnya pada Mac lalu. Kenderaan hibrid gabungan kereta dan kapal terbang ini juga telah menerima pengiktirafan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA). FAA telah memberi kebenaran kepada kenderaan ini untuk mempunyai berat melebihi daripada berat standard pesawat sukan ringan (LSA) iaitu 599 kilogram. Ini bermakna juruterbangnya tidak memerlukan lesen juru

Pengetua rasis: Menteri tiada kuasa, kata TPM

Kementerian Pelajaran tidak boleh menentukan tindakan ke atas pengetua rasis Bukit Selambau kerana ia dibidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga adalah menteri pelajaran. "Menteri tidak boleh membuat sebarang keputusan berhubung pegawai kerajaan yang berada pada tangga gaji gred 48 dan ke atas, saya percaya gred pengetua itu adalah 52. "Bagi pegawai bergred seumpama itu hanya lembaga disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh ketua pengarah boleh bertindak,” katanya. Muhyiddin berkata kementerian pelajaran telah menjalankan siasatannya sendiri dan menyerahkan hasil siasatan kepada suruhanjaya perkhidmatan awam bagi membuat keputusan. "Ia bidang kuasa mereka. Saya telah mengumumkannya, jadi kita tunggu apa keputusan yang mereka akan ambil,” katanya. Pada 4 September lalu, Star melaporkan JPA telah menerima laporan setebal enam inci daripada kementerian itu tetapi masih membisu be

Ladang maut milik datuk lengkap kemudahan mewah

Ladang persendirian milik suspek utama kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain di Teluk Gadong, Tanjung Sepat di sini, dipercayai dilengkapi pelbagai kemudahan mewah. Ia bukan sekadar dijadikan pusat penternakan ayam dan kambing, selain kebun buah-buahan, malah mempunyai chalet dan rumah kelab yang dipercayai lengkap dengan bar dan sistem hiburan canggih, termasuk bilik karaoke. Difahamkan, suspek utama bergelar Datuk yang memiliki kekayaan luar biasa termasuk aset hartanah dan kereta mewah itu, dipercayai menjadikan ladang berkenaan sebagai tempat percutian hujung minggunya. Sumber memberitahu Berita Harian, suspek terbabit turut menjadikan kemudahan di ladang miliknya itu untuk menghiburkan pelanggannya sebelum memperdayakan mereka. “Keseluruhan kawasan ini berkeluasan 3.6 hektar, tetapi baru 1.6 hektar dibangunkan sejak suspek membeli hartanah ini setahun lalu. “Selain kandang ternakan dan dusun buah-buahan termasuk kebun sirih, turut

Sosilawati rancang jual tanah di Bukit Jambul bukan beli tanah

Jutawan kosmetik rancang senarai syarikat di Bursa Malaysia Datuk Sosilawati Lawiya sebenarnya bercadang menjual tanah seluas 4 hektar miliknya di Bukit Jambul, Pulau Pinang sebelum beliau hilang dan bukan mahu membeli tanah di negeri berkenaan seperti dilaporkan sebelum ini. Click Here Pendedahan itu dibuat sahabat karib jutawan kosmetik terbabit, Datuk Suhaimi Ibrahim yang kali terakhir berbual dengan Sosilawati melalui telefon pada 29 Ogos lalu, iaitu sehari sebelum dia dilaporkan hilang. “Sebelum puasa, Sosilawati berjumpa saya untuk berbincang mengenai penjualan tanahnya di Bukit Jambul, selain mendapatkan nasihat mengenai cadangan mahu menyenaraikan syarikatnya di Bursa Malaysia. “Pada perjumpaan itu di Hotel Sheraton dan Hotel Park Royal di Kuala Lumpur, Sosilawati menceritakan cadangan penyenaraian itu dan juga mengenai penjualan tanahnya bernilai RM12 juta di Bukit Jambul dan meminta nasihat saya. “Malah, dalam perbualan pada 29 Ogos itu, Sosilawati turut mengajak say

Wanita India bongkar ladang maut

Image
Isteri jejak suami hilang selepas jumpa peguam 18 Januari lalu Isteri ahli perniagaan dari Chennai, India, S Usharani, 24, bimbang suaminya yang hilang sejak 18 Januari lalu turut menerima nasib sama seperti jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya. Suri rumah itu yang menetap di Ramapuram, Chennai ketika dihubungi Berita Harian, semalam, mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati. “Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), suami menelefon dan memberitahu beliau dijemput dua beradik itu. Mereka saling mengenali sejak 10 tahun. “Dalam perbualan itu, selain bertanyakan khabar anak perempuan kami berusia tiga tahun, beliau juga memberitahu dua peguam terbabit akan membawanya ke ladang milik mereka di Banting. “Keesokan harinya (19 Januari), saya cuba menghubungi telefon bimbit su

Kes pembunuhan paling kejam di Malaysia

23 Julai 1993 Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris hilang hampir tiga minggu sebelum ditemui mati dibunuh di Raub. Mayat tokoh politik dan ahli perniagaan itu ditemui dikerat 18 bahagian dan ditanam dalam stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong. 18 Jun 2003 Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003. 25 Disember 2003 Mayat eksekutif muda dan model sambilan, Noritta Samsudin, 22, ditemui mati dengan kedua-dua tangan diikat ke belakang, leher dijerut, mulut disumbat dan kakinya juga diikat. Beliau disyaki dirogol sebelum dibunuh di rumah sewanya yang terletak di kediaman mewah di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas. 27 November 2006 Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan ba

Dunia unik kaum Lundayeh

Long Pasia janjikan kedamaian tak ternilai NAMA Long Pasia bukanlah asing meskipun lokasinya nun jauh di ceruk pedalaman hujung Sabah dan diselubungi pelbagai kesukaran perhubungan, termasuk soal berkomunikasi dengan orang luar. Perkampungan di Ulu Padas itu pernah mendapat liputan media berikutan tragedi 13 Mac 2009 yang meragut satu nyawa apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa 10 orang, termasuk pemandu dihanyutkan arus deras Sungai Meligan ketika dalam perjalanan ke Long Pasia. Click Here Sungai Meligan sebenarnya hanya di pertengahan perjalanan ke Long Pasia, sebuah perkampungan di sempadan Indonesia, jauh di puncak berbukit yang menjadi kawasan penempatan masyarakat Lundayeh - satu etnik yang ada kaitan rapat dengan Murut di Sipitang dan Lun Bawang di Sarawak. Agak mengujakan bercerita mengenai Lundayeh kerana ada sebegitu banyak keunikan, khususnya cara hidup mereka yang bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan, namun mampu hidup selesa seperti orang bandar