Posts

Showing posts from June, 2009

Hidup aman damai

Image
Kawan-kawan, cuba kamu lihat haiwan yang berlainan jenis ini. Mereka boleh hidup bersama-sama dengan aman dan damai. Jika gambar ini benar, jangan anggap haiwan ini pelik atau ajaib. Tanya diri sendiri mengapa manusia tidak dapat melakukan apa yang haiwan boleh buat ? Mengapa agaknya manusia tidak boleh melakukan seperti haiwan ini ? Manusia yang dipilih Tuhan dengan diberikan akal dan fikiran tidak dapat menggunakan akal sebaik-baiknya. Adalah sungguh malang apabila manusia begitu hormat akan sikap toleran sang haiwan sedangkan pada masa yang sama, kita manusia ini asyik bercakaran.. Sesama manusia berbunuhan kerana politik, adik beradik bermusuhan, sesama agama juga masing-masing meletupkan bom. Dari zaman feudal hingga kini, manusia tidak pernah hidup aman damai. Mungkin masa akan datang juga kebencian tetap di hati makhluk yang bergelar manusia.

Demi mendapatkan sesuap nasi

Image
Macam-macam dunia moden sekarang. Dahulu hanya manusia sahaja yang berani mengemis di lorong-lorong. Kini selain daripada manusia, Haiwan juga sudah pandai mengemis. Kemanakan perginya tuan anjing dan kucing ini sehingga terpaksa pergi mengemis demi meneruskan kehidupan ? Dunia semakin maju tetapi mengapa pula budaya mengemis masih wujud ? Hmmm... bukannya tidak ada tanah diusahakan, bukannya tidaka kerja diusahakan tapi malas juga yang menguasai diri manusia. Bagaimana dengan si anjing dan kucing ?