Kes Penculikan Paderi Raymon Koh - Mengapa tiada tuntutan wang tebusan?

Satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai memaparkan penculikan paderi, Raymond Koh Keng Joo pada 13 Februari lalu tersebar di media sosial.

Rakaman itu memaparkan sebuah kereta berwarna perak dipercayai dipandu Keng Joo dipintas tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam.

Menerusi rakaman itu, tiga SUV terbabit dilihat menghimpit kenderaan paderi terbabit dari arah depan, tepi dan belakang menyebabkan mangsa terpaksa menghentikan keretanya.

Namun sehingga kini tidak ada tuntutan wang tebusan daripada penculik. Mengapa?

Siapa dia Paderi Raymond Koh?

Sebelum ini, Pastor Koh  pernah menerima ancaman dikirim dua butir peluru hidup pada tahun 2011 dan dikaitkan dengan 'usaha pemurtadan' melalui NGO Komuniti Harapan yang dipimpinnya, namun sehingga kini tiada bukti kepada tuduhan ini apatah lagi dakwaan di mahkamah.

"Serbuan ke gereja DUMC pada tahun 2011 oleh JAIS juga menimbulkan kekeruhan hubungan beragama di Malaysia dan kes ini selesai tanpa bukti pendakwaan. Pastor Koh dikaitkan dalam majlis 'pemurtadan' ini.

"Apakah motif penculikan ada kena mengena dengan kononnya penglibatan Pastor Koh dalam usaha pemurtadan?

Adakah penculikan ini sekadar tindakakan jenayah tetapi agak pelik kerana hingga kini tiada tuntutan wang ringgit diminta oleh penculik.

"Jika motif penculik kerana kebencian agama, negara Malaysia sudah ada pelampau agama yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk culik dan bunuh. Mungkinkah mereka anggota daesh? Biar persoalan ini dilengkapi dengan hasil siasatan polis.


Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain