Posts

Showing posts from March, 2017

Bateri boleh bertahan sehingga 10 tahun berjaya dicipta oleh saintis

Saintis dari Universiti Harvard berjaya mencipta teknologi bateri baharu yang dapat memastikan peranti mudah alih yang digunakan orang ramai dapat bertahan sehingga 10 tahun berbanding kurang daripada tempoh sehari ketika ini. Laporan Mail Online menyebut, bateri yang dibangunkan oleh saintis Sekolah Kejurute­raan dan Sains Gunaan John A. Paulson Universiti Harvard itu menyimpan tenaga dalam bentuk molekul organik yang larut air. Bateri itu bukan sahaja selamat kerana tidak bersifat menghakis mahupun mengandungi bahan bertoksik tidak seperti bateri li­tium, malah komponen tersebut tidak melibatkan kos yang tinggi untuk dihasilkan. Pensyarah Bahan dan Teknologi Tenaga Universiti Harvard, Dr. Michael Aziz berkata, pasukannya menggunakan bahan ferosena larut air, molekul yang baik untuk menyimpan tenaga dan tidak larut secara semula jadi untuk menghasilkan bateri itu. “Ferosena larut air ini mewa­kili kelas baharu molekul bagi ali­ran tenaga,” katanya. Jelas beliau, dengan me­ng

Kemesraan Kim Jong Un & Donald Trump terbongkar

Image
Dua aktor Hong Kong berlakon menjadi Kim Jong-un dan Donald Trump bergambar di depan Kedutaan AS di Hong Kong. Tiruan pemimpin Korea Utara 'Kim Jong Un' dan Presiden Amerika Serikat 'Donald Trump' bikin heboh warga Hongkong. Hubungan mereka nampak mesra sehinggakan ada kalanya mereka bercumbuan. Amaran : Jangan buat gambar pemimpin macam ini di Malaysia nanti abang Polis tangkap kita sebab pemimpin Malaysia mulia sangat. Bukan macam dua ekor beruk ni.

Kes Penculikan Paderi Raymon Koh - Mengapa tiada tuntutan wang tebusan?

Satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai memaparkan penculikan paderi, Raymond Koh Keng Joo pada 13 Februari lalu tersebar di media sosial. Rakaman itu memaparkan sebuah kereta berwarna perak dipercayai dipandu Keng Joo dipintas tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam. Menerusi rakaman itu, tiga SUV terbabit dilihat menghimpit kenderaan paderi terbabit dari arah depan, tepi dan belakang menyebabkan mangsa terpaksa menghentikan keretanya. Namun sehingga kini tidak ada tuntutan wang tebusan daripada penculik. Mengapa? Siapa dia Paderi Raymond Koh? Sebelum ini, Pastor Koh  pernah menerima ancaman dikirim dua butir peluru hidup pada tahun 2011 dan dikaitkan dengan 'usaha pemurtadan' melalui NGO Komuniti Harapan yang dipimpinnya, namun sehingga kini tiada bukti kepada tuduhan ini apatah lagi dakwaan di mahkamah. "Serbuan ke gereja DUMC pada tahun 2011 oleh JAIS juga menimbulkan kekeruhan hubungan beragama di Malaysia dan kes ini selesai t

Tanda-tanda suami berlaku curang boleh tanya pegawai kerani insolvensi Kota Kinabalu

Buat para isteri yang sayangkan suami adalah wajib mengetahui perubahan-perubahan emosi dan fizikal suami kerana itu mungkin salah satu petanda kemusnahan keluarga yang kamu bina bersama selama ini. Sedalam mana sayang anda terhadap suami anda, ada lagi gadis di luar sana yang jauh lebih menyayangi suami anda. Sebagai bukti walaupun gadis tersebut mengetahui lelaki yang disayanginya sudah beristeri tetapi dia masih berusaha mendapatkan suami anda... parahhhhhh. Berikut adalah beberapa tanda suami anda berlaku curang. 1. Tiba-tiba pasang password pada handphone . Jika sebelum ini suami membiarkan sahaja si isteri atau sesiapa sahaja ahli keluarga menggunakan handphone sama ada untuk call atau bermain game yang terdapat dalam aplikasi handphone tiba-tiba anda susah menggunakannya kerana si suami memasang password di handphonenya, itu menunjukkan ada kecurangan yang dilakukan si suami. Ingat, si suami memasang password bagi mengelakkan kecurangannya dibongkar oleh si isteri atau ahli