Posts

Showing posts from February, 2017

Malaysia menjadi tumpuan dunia

Image
NAMA Malaysia mula menjadi sebutan dan terpampang di muka akhbar dunia selepas kes pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan individu berprofil tinggi. Malaysia sekali lagi manjadi tumpuan selepas tragedi kehilangan penerbangan Malaysia Airlines, MH370 pada 8 Mac 2014. Kim-Jong-Nam-(kiri) dan Kim-Jong-Un Tak cukup dengan itu, Malaysia sekali lagi diserbu media dan koresponden dari segenap pelusuk dunia selepas penerbangan dari syarikat sama, MH17 ditembak jatuh di Ukraine dan mengorbankan keseluruhan 298 penumpang termasuk anak kapal pada 17 Julai tahun yang sama. Terbaharu, berita kematian seorang warga Korea Utara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin lepas kembali membuka mata ramai pihak selepas mangsa didakwa abang tiri kepada Pemerintah Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un.